Waktu Operasi UTC Pasir Gudang

Waktu dan Senarai Agensi di UTC Pasir Gudang
🕐 Waktu Operasi Bulan Ramadan 2025 UTC Pasir Gudang. 
Jadual di bawah memaparkan waktu operasi UTC Pasir Gudang sepanjang bulan Ramadan 2025:

Waktu operasi UTC Pasir Gudang pada bulan Ramadan, termasuk waktu perkhidmatan biasa, hari terakhir Ramadan, dan Hari Raya Aidilfitri.

I've been Pasir Gudang-rian since I can't even remember. Yes, I'm proud, pure local. I literally was raise here. Pasir Gudang daripada rumah setinggan rumah papan, padang jarak padang tekukur or bukit anjing. #iykyk Dari PBT ke MPPG sampai MBPG. Dari tak ada apa, sampai wujudnya Kota Masai, Taman Dahlia , Tanjung Puteri dan segala taman perumahan.

Bak kata pepatah "Hujan emas di negeri orang; hujan batu 🪨 di negeri sendiri. Baik jua di negeri sendiri,". Berbelas negeri Mak stay (due to study, work etc.), I would say Pasir Gudang juga yang terbaik. If you ask me why, well - sebab serba ada. Apa yang tak ada? Krispie Kreme je tak ada. 😜 Kesimpulannya serba cukup.

If anyone ask me apa yang best tentang Pasir Gudang. Well obviously, Pasar Malam Taman Air Biru, UTC or Kompleks Pusat Bandar and Library! 📚 Yes, we have 2 public library in Pasir Gudang. 1 dekat Kompleks Pusat Bandar, which open daily and another one in Cahaya Baru; CB Bestari!

Berbalik pada tajuk entri kali ni, UTC Pasir Gudang beroperasi setiap hari kecuali pada cuti umum tertentu. Berikut adalah waktu operasi UTC Pasir Gudang terkini:

UTC (Urban Transfromation Centre) Pasir Gudang
Kompleks Pusat Bandar Pasir Gudang, Aras 2, 81700 Pasir Gudang, Johor Darul Ta'zim
+6072558230 / Laman sesawang UTC

Isnin - Jumaat: 8:00 AM – 9:00 PM
Rehat Sembahyang Jumaat: 12:15 PM – 2:45 PM
Sabtu dan Ahad: 8:00 AM – 5:00 PM
*Tiada waktu rehat bagi UTC kecuali pada hari Jumaat

Perkhidmatan Yang Disediakan di UTC Pasir Gudang
UTC Pasir Gudang menawarkan pelbagai perkhidmatan kerajaan di bawah satu bumbung untuk memudahkan urusan harian masyarakat setempat. Setiap agensi di pusat ini menyediakan perkhidmatan yang penting dalam pelbagai sektor seperti pendaftaran, pengangkutan, kewangan, dan kebajikan.

Senarai Agensi dan Perkhidmatan Utama
Berikut adalah senarai agensi yang beroperasi di UTC Pasir Gudang beserta perkhidmatan utama yang ditawarkan:

1. Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) 📝
  • Pendaftaran kelahiran dan kematian
  • Permohonan dan pembaharuan MyKad
  • Pendaftaran perkahwinan dan perceraian
  • Pengeluaran sijil kelahiran dan kematian
2. Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) 🚗
  • Pembaharuan lesen memandu
  • Pembayaran saman trafik
  • Pendaftaran kenderaan baru
  • Pertukaran hak milik kenderaan
3. Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) 💵
  • Pembayaran cukai pendapatan individu dan syarikat
  • Permohonan nombor cukai pendapatan (TIN)
  • Semakan dan kemaskini maklumat cukai
  • Bantuan dan khidmat nasihat berkaitan percukaian
4. Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) 💰
  • Pendaftaran akaun baru KWSP
  • Pengeluaran simpanan untuk tujuan tertentu
  • Semakan penyata akaun KWSP
  • Pertanyaan berkenaan caruman majikan dan pekerja
5. PERKESO (Pertubuhan Keselamatan Sosial) 🚨
  • Pendaftaran majikan dan pekerja
  • Tuntutan faedah hilang upaya dan perubatan
  • Pembayaran caruman bulanan
  • Semakan status tuntutan
6. Tabung Haji 🕋
  • Pembukaan akaun simpanan Tabung Haji
  • Pendaftaran dan semakan giliran haji
  • Pemindahan wang dan transaksi akaun
  • Khidmat nasihat mengenai persiapan haji
7. Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK)
  • Khidmat nasihat pengurusan kewangan
  • Program pengurusan hutang (DMP)
  • Seminar literasi kewangan
  • Bantuan dalam penyusunan semula hutang
8. Pejabat Imigresen Malaysia 🌎
  • Permohonan dan pembaharuan pasport Malaysia
  • Permohonan visa dan permit kerja
  • Urusan dokumen perjalanan bagi rakyat Malaysia dan bukan warganegara
  • Semakan blacklist imigresen
9. Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG)
  • Pembayaran cukai pintu dan kompaun
  • Permohonan lesen perniagaan
  • Pengaduan awam berkaitan perkhidmatan bandar
  • Khidmat nasihat perancangan pembangunan
Cuma downsidenya, parking macam susah sikit dekat sini especially during peak hour;

Hari Biasa (Isnin - Khamis):
  • Pagi (8 pagi - 10 pagi): Ramai yang datang awal, nak settle cepat-cepat.
  • Tengahari (12 tengahari - 2 petang): Waktu rehat orang pejabat, memang penuh.
  • Petang (Lepas 6 petang): Orang balik kerja pun ramai yang singgah.
Hari Jumaat:
  • Pagi (10 pagi - 12.30 tengahari): Sebelum solat Jumaat, memang ramai orang.
  • Petang (2.30 petang - 4 petang): Lepas rehat panjang, orang sambung balik urusan.
Hujung Minggu (Sabtu & Ahad):
  • Memang sesak sepanjang hari, terutamanya tengahari sampai petang.
  • Petang (3 petang - 6 petang): Ini, memang time jangan datang.
Musim Perayaan & Cuti Umum:
  • Seminggu sebelum dan selepas perayaan besar macam Raya, Tahun Baru Cina, Deepavali, memang padat.
  • Lepas cuti umum pun sama, orang ramai nak settle urusan yang tertangguh.
Kesimpulannya, kalau boleh, elakkan la pergi masa-masa ni. Atau kalau boleh settle online, sila buat online je. Kalau tak, memang kena sabar la beratur (or cari parking!)

Comments