KADAR ZAKAT FITRAH TAHUN 1446H / 2025M
Zakat fitrah adalah salah satu jenis zakat yang diwajibkan orang Islam membayarnya setiap tahun. Daripada Ibn Umar R.Anhuma dia berkata:
فَرَضَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ زَكَاةَ الفِطْرِ صَاعًا مِنْ تَمْرٍ، أَوْ صَاعًا مِنْ شَعِيرٍ عَلَى العَبْدِ وَالحُرِّ، وَالذَّكَرِ وَالأُنْثَى، وَالصَّغِيرِ وَالكَبِيرِ مِنَ المُسْلِمِينَ، وَأَمَرَ بِهَا أَنْ تُؤَدَّى قَبْلَ خُرُوجِ النَّاسِ إِلَى الصَّلاَةِ
Maksudnya: “Rasulullah SAW mewajibkan pelaksanaan zakat fitrah dengan segantang tamar, atau segantang barli ke atas hamba dan orang yang merdeka, lelaki dan perempuan, yang muda dan yang tua, daripada kalangan Muslimin, dan baginda menyuruh agar ditunaikan sebelum manusia keluar menuju solat (Hari Raya).”
Riwayat al-Bukhari (1503)
Fadhilat Mengeluarkan Zakat Fitrah
- Menampung kekurangan semasa berpuasa.
Maksudnya : Berkata Waki’ bin al Jarah : Zakat Fitrah di dalam bulan Ramadhan seperti sujud sahwi di dalam solat, menampung kekurangan berpuasa sebagaimana sujud sahwi menampung kekurangan dalam sembahyang. - Membantu fakir dan miskin pada Hari Raya.
Maksudnya : Daripada Ibn Umar, bersabda Rasulullah s.a.w : Kayakanlah mereka (fakir miskin) daripada meminta-minta pada hari ini (Hari Raya).
Syarat- Syarat Wajib Zakat Fitrah
- Islam dan merdeka.
- Mempunyai harta yang lebih daripada keperluan perbelanjaannya untuk dirinya dan orang-orang di bawah tanggungannya pada hari raya dan malamnya.
- Wajib Zakat Fitrah ialah apabila terbenam matahari pada akhir Ramadhan.
Sehubungan itu tidak wajib zakat Fitrah ke atas orang-orang berikut:
- Orang yang mati sebelum terbenam matahari pada akhir Ramadhan.
- Anak yang lahir selepas terbenam akhir Ramadhan.
- Orang yang memeluk agama Islam sesudah terbenam matahari pada akhir Ramadhan.
- Tanggungan isteri yang dinikahi selepas terbenam matahari pada akhir Ramadhan.
Waktu Mengeluarkan Zakat Fitrah
- Waktu Harus - iaitu bermula dari awal bulan Ramadhan sehingga akhir bulan Ramadhan.
- Waktu Wajib - iaitu selepas terbenam matahari pada akhir bulan Ramadhan.
- Waktu Afdhal - iaitu selepas solat Subuh pada hari akhir Ramadhan sehingga sebelum mengerjakan sembahyang sunat Aidil Fitri.
- Waktu Makruh - iaitu selepas sembahyang sunat Aidil Fitri sehingga sebelum terbenam matahari.
- Waktu Haram - iaitu selepas terbenam matahari pada hari raya Aidil Fitri.
Lafaz Akad Zakat Fitrah
- Lafaz untuk diri sendiri:
Inilah wang bagi menggantikan beras fitrah yang wajib ke atas diriku pada tahun ini kerana Allah Ta’ala. - Lafaz untuk diri sendiri dan tanggungan:
Inilah wang bagi menggantikan beras fitrah yang wajib ke atas diriku dan tanggunganku pada tahun ini kerana Allah Ta’ala. - Lafaz bagi pihak:
Inilah wang bagi menggantikan beras fitrah yang wajib ke atas pihak yang aku wakili …… pada tahun ini kerana Allah Ta’ala.
Kadar Zakat Fitrah
- RM 7.00 – Bagi umat Islam yang menjadikan beras tempatan sebagai makanan harian seperti super special tempatan dan beras hancur.
- RM 12.00 – Bagi umat Islam yang menjadikan beras import sebagai makanan harian seperti beras putih import dari Thailand, Pakistan, dan Vietnam.
- RM 20.00 – Bagi umat Islam yang menjadikan beras basmathi, super wangi, atau ponnies sebagai makanan harian.
Kaedah Pembayaran Zakat Fitrah
Umat Islam di Johor boleh menunaikan zakat fitrah melalui tiga kaedah berikut:
- Amil Fitrah
Bayaran secara tunai atau tanpa tunai melalui DuitNow QR Code di setiap daerah Negeri Johor. - Pembayaran Dalam Talian (Online)
- Zakat Johor Online Payment
https://epayment.maij.gov.my/ - Zakat fitrah Online Fastpay
https://fitrah.maij.gov.my/ - Pembayaran melalui Tulus
https://bayarzakatjohor.com/ - atau Muat turun Aplikasi Tulus
https://tulus.my/
- Proses bayaran bermula jam 8.00 malam 1 Ramadan 1446H sehingga
- jam 9.00 pagi 1 Syawal 1446H
- Sistem akan ditutup setiap hari jam 11.30 malam sehingga 12.30 pagi bagi kerja penyelenggaraan sistem
- Kaunter Zakat MAINJ
Pembayaran boleh dibuat di kaunter zakat MAINJ di setiap daerah, kaunter bergerak, dan kaunter UTC MAINJ.
Comments
Post a Comment