Buffet Ramadan 2025: Citarasa Milenial di Suasana Suites Cafe, JB

Alhamdulillah, tidak lama lagi kita akan menyambut kedatangan Bulan Ramadan – 28 days left to be exact! 🌙✨ Bulan penuh keberkatan dan peluang untuk meningkatkan amal ibadah. Selain itu, Ramadan juga masa terbaik untuk merapatkan hubungan kekeluargaan dan mengeratkan silaturrahim.

"Ramadan is coming! Dah ready ke nak berbuka dengan juadah yang best?"

Kalau ada satu benda yang semua orang setuju tentang Ramadan, it's the food lah kan? Macam-macam ada! Sebagai mak-mak yang sentiasa sibuk, nak masak fancy-fancy setiap hari memang tak bolehlah. Lepas balik kerja pun dah penat, tambah pula dengan puasa, so sometimes kita rewardlah diri dan family dengan makan luar. Kurang sikit mental burden, betul tak?

Masalahnya nak cari buffet Ramadan yang sedap, harga berbaloi, dan sesuai (serta selesa) untuk anak-anak memang bukan kerja mudah. Lagi-lagi kalau duduk di tengah bandar Johor Bahru (JB) ni.

Well, #GengMakMak, jangan risau! Seperti biasa, Mak dah compile antara tempat makan best dekat Johor Bahru. Salah satu tempat yang wajib masuk bucket list tahun ni ialah: 🎉 Suasana Suites Cafe, Johor Bahru! 🎉

Buffet Ramadan 2025 di Suasana Suites Cafe, JB

Flyer/Poster Promosi: Promosi Bufet Ramadan "Citarasa Milenial" di Suasana Suites Johor Bahru.

Apa yang menarik kat sini? Jom kita breakdown sikit.

✨ Tema Tahun Ini: "Citarasa Milenial – Tradisi Lama, Sentuhan Baru" ✨

📆 Tarikh: 3 Mac – 29 Mac 2025
🕖 Masa: 7.00 PM – 10.00 PM
💰 Harga:
Kategori Harga Tiket (RM) Harga Tiket Early Bird (RM)
Dewasa 115 95
Kanak-kanak 65 55
Warga Emas 95 75
Korporat (30 orang ke atas) 75

➡️ Nak private event? Boleh tempah dewan majlis tingkat 35, okay?

Kenapa Mak-Mak Akan Suka Tempat Ni?

1️⃣ Harga Early Bird yang Jimat
Seriuslah, RM95 untuk buffet dengan macam-macam menu? Worth it! Harga normal pun masih reasonable kalau banding dengan hotel-hotel lain.

2️⃣ Pilihan Makanan – Tradisi Lama, Sentuhan Baru!
Buffet kali ni menggabungkan hidangan klasik Malaysia dengan sentuhan moden—sebab tu tema dia Citarasa Milenial!

Signature dishes:
🥘 Nasi Machboos
🍖 Kambing Bakar
🍲 Sup Tulang Merah
🌮 Quesadilla

Kategori Menu:
✅ Japanese: Sushi, sashimi, wasabi, chuka wakame 🍣
✅ Middle Eastern: Machboos rice, roasted lamb, Arabic salsa 🥩
✅ Italian: Pasta carbonara, aglio-olio 🍝
✅ Tempatan: Ayam percik, mee rebus Johor, sotong sumbat 🦑
✅ Carving Stall: Ayam gulung bakar, sup merah tulang gear box 🥩
✅ Mexican: Quesadilla, beef bolognese, guacamole 🥑
Dessert: ABC & ice cream, kuih-muih, dodol, bubur manis 🍮

Banyak gila pilihan, kan? 😍 For full menu, boleh klik sini: Citarasa Milenial Ramadan Menu Suasana Suites Cafe, JB.

3️⃣ Kids-Friendly!
Mak faham perasaan bila bawa anak-anak ke buffet lepas tu kalau makanan tak sesuai, mereka end up makan fries je. Tapi kat sini, ada pelbagai pilihan yang anak-anak confirm suka:
✅ Pasta & 🧀 cheese
✅ ABC & ice cream 🍧
✅ Chicken & fish 🐟 dishes yang tak pedas
✅ Kuih-muih & dessert berwarna-warni 🍮

4️⃣ Lokasi Strategik & View Cantik
Terletak di Aras 33A, pemandangan Johor Bahru waktu malam memang wow! 🌃 Memang feel Ramadan vibes, especially kalau datang dengan keluarga besar.

Inside Tips 💡 (Yes, you are welcome)
Tips Jimat & Best Experience untuk Berbuka di Sini
  • Book awal untuk harga early bird. RM95 untuk buffet high-class ni memang steal deal!
  • Datang awal sikit. Walaupun slot 7.00 PM – 10.00 PM, ramai akan datang serentak. Better sampai awal untuk elak queue panjang.
  • Ambil makanan secara bijak. Jangan tamak, try sikit-sikit dulu. Baru boleh rasa semua juadah!
  • Duduk dekat area window. Nak fully enjoy pemandangan JB? Cari seat tepi tingkap.
Patut Pergi Tak?
Jujurnya, YES! Kalau korang nak iftar dengan makanan berkualiti, harga tak mencanak, dan suasana yang selesa untuk family, Mak memang recommend Suasana Suites Cafe.

➡️ So, siapa nak dapatkan harga berbaloi (Early Bird) ni? Cepat book sebelum 1 Mac untuk dapatkan harga RM95!

Nak tempah? Contact sini:
📲 WhatsApp: +6017 767 5074 (Efnerina)

Jadi, korang ada pengalaman best berbuka kat mana sebelum ni? Jom share kat komen!

P.S. Yang penting sebenarnya senang parking. Sebab even Mak do have driving license almost 20 years, parking selit-selit dan parking mengundur; Mak masih tak pandai. K bai.

Comments