Kembali ke Sekolah: Program Jualan RAHMAH MADANI 2025
Mesti ramai mak-mak ๐คฆ๐ปโโ๏ธ yang dah start pening kan fikir pasal kelengkapan sekolah anak-anak? ๐ Yelah, macam-macam nak kena beli, dari baju seragam, kasut, beg, alat tulis, buku... Adam, Iman dengan Fateh dah kena beli baju uniform lain sebab masing-masing tahun ini ada pegang jawatan itu dan ini. Yusuf dah masuk darjah 1. Fuhh, menangis poket Mak ๐ธ
Jualan RAHMAH MADANI @ Kembali ke Sekolah ๐ ni akan berlangsung dari 18 Januari 2025 hingga 16 Februari 2025. Lama kan? So, sempatlah lagi kalau kita nak survey ๐ harga, bandingkan barang, dan buat pilihan yang terbaik untuk anak-anak kita.
Tapi jangan risau, KPDN (Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup) ada menganjurkan satu Program Jualan RAHMAH MADANI (PJRM) dengan menawarkan potongan diskaun 10%-30% bagi semua barang kelengkapan sekolah; lebih murah dari harga pasaran. Baju sekolah, beg sekolah, pensel โ๏ธ, pemadam, buku latihan ๐, semua ada! Kiranya, serba serbi cukup lengkap untuk anak-anak kita kembali ke sekolah pada pertengahan February ini.
Untuk lokasi pula, awak orang boleh imbas ๐ฒ kod QR yang ada kat gambar di atasu, atau layari je pautan Takwim PJRM ni:
๐ข Takwim Program Jualan RAHMAH MADANI Februari 2025 (Johor)
Tarikh: 8 dan 9 Februari 2025
Masa: Mengikut waktu premis
Parlimen | ๐ Lokasi |
---|---|
Batu Pahat | Pasaraya Borong Sakan (Rengit). 19, 21 & 23, Jalan Madu, 83100 Rengit, Batu Pahat, Johor |
Ayer Hitam | Pasaraya Borong Sakan (Yong Peng). 4, 6 & 8, Ground Floor, Jalan Sutera, Taman Sutera, 83700 Yong Peng, Johor. |
Sri Gading | Pasaraya Ten Ten (Parit Raja). 50, Jalan Besar, 86400 Parit Raja, Batu Pahat, Johor. |
Parit Sulong | Pasaraya Borong Sakan (Parit Sulong). 21 & 23 Jalan Jaya, Taman Sentang, 83500 Parit Sulong, Johor. |
Johor Bahru | Pasaraya Komuniti @ MART Ground Floor, Jalan Persiaran Tanjung 81200 Johor Bahru |
Pulai | Ten Ten Retail Group. 120 Jalan Bukit Kempas, 1/18 Taman Bukit Kempas 81200 Johor Bahru. |
Pulai | Greenpoint. Paragon Market Place Jalan Tampoi, Taman Mulia 81200 Johor Bahru |
Iskandar Puteri | Greenpoint. 47 Medan Nusa Perintis 6, Taman Nusa Perintis 2, 81550 Gelang Patah, Johor |
Kulai | Greenpoint. 14 & 15 Bangunan YPJ Jalan Air Hitam Kelapa Sawit, 81030 Kulai Jaya. |
Kita semua tahu, kos sara hidup sekarang ni makin tinggi ๐. Harga barang-barang pun makin mahal ๐. Jadi, dengan adanya Jualan RAHMAH ni, sekurang-kurangnya dapatlah meringankan beban kita sebagai ibu bapa. ๐ Dapat jugalah kita berjimat cermat, dan gunakan duit yang lebih tu untuk keperluan lain, kan? Bulan 3 nanti dah start berpuasa lepas tu raya.
Jadi, tunggu apa lagi? Jom ajak suami, jiran, kawan-kawan, semua sekali serbu Jualan RAHMAH @ Kembali ke Sekolah! Jangan lepaskan peluang keemasan ni, okay?
Comments
Post a Comment