Cari Idea Untuk Menulis dengan Google Search dan Google Trends

Hari-hari kita update blog, kadang-kadang sampai tak tahu nak tulis tentang apa kan? Kalau dulu, kita tulis blog for keepsake, journaling, simpan untuk kenangan. ✍๐Ÿป Sekarang macam itu juga, tapi tujuan kita menulis blog tidak terhad dan lebih meluas. Contohnya macam nak kongsi ilmu, menyuarakan dan berkongsi pendapat dengan pembaca, hebahan berita atau info, terapi melalui penulisan dan ada juga yang menjadikan blog sebagai satu platform untuk menjana pendapatan.

So hari ini, Mak nak kongsikan sedikit tips macam mana nak cari idea ๐Ÿ’ก yang relevan dan tengah trending dengan menggunakan Google Trends dan Google Search. Bila kita faham macam mana orang mencari maklumat di internet, barulah kita boleh start tulis blog yang boleh tarik orang minat nak baca dan sekaligus menaikkan trafik blog kita. 

Google Trends ๐Ÿ“ˆ
Google Trend ni adalah satu tool yang boleh tunjukkan kita apa yang orang ramai tengah cari di Google. Kalau kita ada bisnes, kita boleh tahu apa yang orang ramai nak beli, bila dan dimana. Kalau kita nak buat sesuatu, kita boleh tahu apa yang tengah popular sekarang.

A screenshot of Google Trends showing the search term 'Samsung S25' trending in Malaysia.
 
Caranya:
  1. Klik link ini: Google trend > Trending Now
  2. Kita boleh filter result mengikut lokasi, masa, dan kategori.
  3. Pilih trend yang berkaitan dengan niche blog kita.
  4. Explore related topics and queries untuk idea.
Google Trends displaying the popularity of the search term 'Samsung S25' over the past 24 hours.

Contoh: Let’s say Mak pilih trend ๐Ÿ“ฑ “samsung 25”. Berdasarkan related topic and queries dekat atas ni, Mak boleh entry:
  1. Comparative Analysis. "Samsung S25 vs. iPhone 16: Which Flagship Reigns Supreme?"
  2. Speculation. "Samsung S25: Rumored Specs and Features That Could Blow Us Away"
  3. How-To Guide. "How to Get the Best Deal on a Samsung S25 Pre-order"
  4. In-Depth Review. "Samsung S25 Camera Review: A Closer Look at Its Photography Capabilities" ๐Ÿ“ธ
Jadi macam mana? Boleh faham tak setakat ni? Kalau masih juga tak tahu nak tulis tentang apa, kita proceed pula kepada Google Search. Mak tak perlu terangkanlah Google Search ni apa, sebab hari-hari pun kita meng-google kan?

Google Search ๐Ÿ”

Image of a Google Search page with the query 'Samsung S25' entered, displaying related search terms and suggestions.

Caranya:
  1. Google macam biasa.
  2. Look at "People Also Ask" untuk menemui soalan-soalan yang kerap ditanyakan dan "People Also Search For" untuk menemui istilah carian berkaitan.
A screenshot of Google Search results for the query 'Samsung S25,' showing related search terms like 'Samsung S25 Ultra,' 'Samsung S25 price,' and 'Samsung S25 release date.' It also displays a featured snippet with information about the Samsung Galaxy S25 Ultra, and a related search result for the Samsung Galaxy S25 5G with pricing and availability details.

Screenshot of Google Search displaying related search terms for the term 'Samsung S25' in Malaysia.

Berdasarkan senarai "People also ask" dan "People also search for", contoh tajuk blogpost based on above search yang kita boleh tulis:
  1. Samsung S25: Price, Specifications, Release Date, and Review
  2. The Complete Guide to the Samsung S25: Price, Specs, Release Date, and In-Depth Review ⚡️
  3. Want to know everything about the Samsung S25? Find out the price, specs, release date, and read our in-depth review here.
Dapat sesuatu? Dengan menggunakan Google Trends dan Google Search, awak orang bolehlah update blog laju-laju secara konsisten ๐Ÿš€. So, explore more and have fun okay? Semoga dengan penulisan kita, boleh mendatangkan manfaat kepada orang lain. ✨

P.S. Kalau nak tanya apa-apa boleh tanya dengan ruangan komen dekat bawah ni. ๐Ÿ’ฌ

Comments