Pesakit NPD (Kecelaruan personaliti Narsistik) Tak Boleh Tengok Orang Lain ‘Lebih’

A visual representation of five common habits exhibited by people with narcissistic personality disorder.

Terima kasih Dr Farah Deena Abd Samad, Pakar Psikiatri Jabatan Psikiatri Hospital Canselor Tuanku Muhriz, UKM. Terbitan Harian Metro.

A newspaper clipping featuring an article about Narcissistic Personality Disorder, discussing the challenges of diagnosis and treatment.

Kuala Lumpur: Kecelaruan personaliti narsistik (NPD) dikategorikan sebagai penyakit mental, namun sangat sukar untuk mendiagnosis penyakit berkenaan.

Pakar Psikiatri Jabatan Psikiatri Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Farah Deena Abd Samad (gambar) berkata, NPD adalah seseorang merasakan dirinya lebih bagus daripada orang lain, mempunyai keperluan tetap untuk dipuja dan di hormati.

Menurutnya, selain itu individu berkenaan juga kurang rasa empati terhadap orang lain dan melihat diri mereka sebagai orang paling penting dan layak mendapat layanan istimewa. 

"Mereka juga mengeksploitasi orang lain untuk ke pentingan diri sendiri dan sering dengki terhadap orang lain atau merasakan orang lain dengki terhadap dirinya," katanya. 

Bagaimanapun katanya, NPD adalah penyakit mental yang sangat sukar dan mencabar untuk didiagnosis dan pihaknya akan menggunakan manual diagnosis kecelaruan mental (DSM-5) untuk mendiagnosis penyakit berkenaan. 

"DSM-5 akan digunakan untuk mendiagnosis penyakit itu menyatakan bahawa ciri berkenaan (merujuk kepada ciri NPD) perlu mengganggu fungsi kehidupan peribadi, kerjaya dan hubungan dengan orang sekitar. 

"Ini kerana tidak semua orang mempunyai ciri berkenaan akan mudah untuk didiagnosis sebagai pesakit NPD. Ada ramai antara kita yang mempunyai sebahagian atau kebanyakan ciri seperti itu, tetapi tak semestinya individu itu menghidap NPD. Jadi, kita tidak boleh mudah melabel seseorang itu sebagai NPD," katanya. 

Dr Farah Deena berkata, setakat ini tiada ubat untuk merawat NPD, namun pesakit yang didiagnosis penyakit berkenaan perlu mendapatkan terapi berpanjangan dan konsisten. 

"NPD perlu mempunyai kesedaran mengenai personaliti mereka, empati dan motivasi untuk berubah dan ini memerlukan terapi berpanjangan dan konsisten (kerana) tiada ubat yang boleh merawat." katanya. 

Katanya, selain itu individu yang menjalani kehidupan bersama penghidap NPD juga boleh menerima kesan kepada emosi dan mental seperti merasakan diri tidak bagus, kurang keyakinan diri, keliru, kemurungan, trauma, keletihan mental dan fizikal. 

"Kesedaran masyarakat mengenai NPD semakin meluas, namun perlu diingatkan supaya mengelakkan daripada melabelkan seseorang itu sebagai penghidap NPD dengan terlalu cepat. 

"Apa yang penting, kita sentiasa tahu diri kita bernilai dan jangan pernah mempersoalkan nilai diri kerana pertahanan terbesar terhadap narsistik adalah menyayangi diri sepenuhnya. Dapatkan juga bantuan profesional jika berdepan masalah itu," katanya.

Narcissistic Nightmare: Are You Living With One?
Ever felt like you're walking on eggshells around someone? Or maybe you've been gaslighted into doubting your own sanity? If so, you might be dealing with a narcissist.

What's a Narcissist?

A narcissist is someone who has an inflated sense of self-importance, a need for excessive admiration, and a lack of empathy for others. They're often manipulative, exploitative, and can be downright toxic.

Signs of a Narcissist:
  • Grandiosity: They think they're better than everyone else. Like, ALL. THE. TIME.
  • Need for Admiration: They crave constant praise and attention.
  • Lack of Empathy: They don't care about your feelings.
  • Entitlement: They believe they deserve special treatment. Because, obviously.
  • Manipulative Behavior: They'll use guilt, shame, or other tactics to control you.
How to Deal with a Narcissist:
  1. Set Boundaries: Don't let them cross your lines.
  2. Limit Contact: Reduce your exposure to their toxic behavior.
  3. Don't Take It Personally: Remember, it's not about you, it's about them.
  4. Seek Support: Talk to friends, family, or a therapist. πŸ«‚
You deserve to be treated with respect. Don't let a narcissist drain your energy or damage your self-esteem. 

Here's the thing: We've all been there. πŸ˜’ These types can be super charming at first, but eventually, their true colors show. They're manipulative, drama queens, and leave you feeling confused and drained. Aduhai; been there, done that, got the therapy bill (kidding... kind of).

The good news, babe πŸ’…πŸ»; your experiences can help others. We want to hear YOUR stories about dealing with narcissists. Whether it was a bad date, a frenemy situation, or even a past relationship, your story can help other women recognize the signs and avoid getting caught in the drama. πŸ€—

We've created a safe space for you to share anonymously. Spill the tea Sis, what happened? Kecil tapak tangan, satu teko πŸ«– Mak bagi. How did you deal with it? Your story could be the one that empowers another woman to walk away from a toxic situation.

Click here to share your anonymous story: Link to Google Form

Your story matters! ❤️ Let's create a supportive community where we can uplift each other and say "buh-bye" to the narcissists in our lives. We got this!

Comments

Post a Comment