Resepi Basque Burnt Cheesecake

Resepi Basque Burnt Cheesecake | Mak rasa Basque Burnt Cheesecake ni la yang paling senang nak buat; and in this case: foolproof. Guna blender je, lepas tu bakar dalam airfryer. Settle.
Cantik kan kejadiannya? Ini dah masuk entah keberapa kali Mak buat kek untuk kawan-kawan sejak pengangguran sementara yang berlaku dua tahun lepas. So macam-macam aktiviti la yang dibuat ekat  rumah. Tapi tu dululah, sekarang Mak dah bekerjaya kembali (read: Terpaksa, demi sesuap nasi dan anak-anak). OK, #donedrama.

Resipi Baque Burnt Cheesecake
Bahan-bahan:
250gm cream cheese
125gm whipping cream 
2 biji telur gred A
80gm gula icing
1 sudu kecik vanilla esen
2 sudu besar tepung gandum
Loyang 6 inch
Baking paper 

1. Blend cream cheese dengan gula.
2. Kemudian masukkan telur saru persatu.
3. Letak esen vanilla dan whipping cream, blend lagi.
4. Akhir sekali letak tepung gandum and blend lagi.
5. Masukkan kedalam loyang yang dah letak baking paper. 
6. Bakar dalam airfryer, 180°C selama 25 minit.
7. Keluarkan dari airfryer and biarkan sejuk dekat luar.

Mak syorkan lepas kek dah sejuk, masukkan dalam peti sejuk semalaman. Esok baru bawa keluar dari loyang. Kalau tak betul sejuk, nanti baking paper tu melekat dekat kek. Lepas tu bolehlah letak coklat topping, Biscoff ke apa terpulang. Mak suka yang kosong macam ni. Awak orang try la buat kalau teringin. Mak tengok orang jual kek ni paling minimum without topping je dah RM35 ke atas, jadi better kita buat sendiri.

Comments

Sis Lin said…
Waaa betul gebu ni.. rajin Mak.. cuma pelik, takde pulak sampai ke rumah sini hahahahaha
sitirohaida said…
tolong buatkan untuk saya sebiji kek dengan topping mahal satu ek