Mak Buat TrueYou DNA Prime Test (Profiling)

Ya, betul. Mak buat Ujian DNA. Tujuannya BUKAN sebab mak nak determine whether mak ni anak Tan Sri Nordin ke bukan macam dalam drama tu. Of course I am my father's daughter, no doubt about it! Tapi, this DNA called TrueYou DNA Profiling test membolehkan kita meneroka serta mengenali diri kita sendiri, based on 84 laporan luaran dan dalaman yang merangkumi 11 aspek; secara saintifik. How cool is that?

TrueYou Ujian DNA

Secara umumnya TrueYou adalah perkhidmatan profil DNA tercanggih yang membantu kita mengenalpasti potensi diri. Ujian DNA TrueYou disokong oleh lembaga penasihat saintifik dan panel pakar nutrigenomik untuk membantu awak semua memahami laporan serta result TrueYou awak diikuti dengan personalised plan untuk kesihatan dan gaya hidup. 

Does it reliable? Boleh dipercayai tak?

Ya. Protokol untuk pengekstrakan DNA air liur dan genotip SNP diakreditasi sepenuhnya oleh Standard Malaysia dengan ISO / IEC 17025: 2017 untuk kualiti data tertinggi dan amalan makmal terbaik. Dengan adanya piawaian ini, TrueYou menjamin 99.9% ketepatan laporan TrueYou awak.

TrueYou DNA Prime Test: Macam Mana Nak Buat?

Beli Kit

Isi kandungan kit: Manual, Plastik dan slip pengeposan, tabung pengumpulan sampel dan zip-lock bag

Ya, Pertama sekali kena beli. Harga RM2,999/ujian. Beli kit ujian DNA daripada ibu pejabat Elken, cawangan-cawangan Elken, tempat serahan, atau daripada Pengedar Elken dan ianya boleh dihantar terus ke depan pintu awak - (Senarai Lokasi Jualan TrueYou DNA Profiling)

Daftar Dalam Talian

Log masuk ke laman sesawang TrueYou DNA Prime Profiling: TrueYou DNA Profiling dan daftarkan kit awak menggunakan kod bar peribadi pada tabung pengumpulan dan kod pengaktifan yang awak terima melalui SMS.

Kumpul 2ml Air Liur

Kenapa air liur? Biasanya kita tengok orang bagi rambut la, blood sample la dan lain-lain? Tahu tak yang sebenarnya sampel air liur memberikan sampel DNA yang lebih stabil dan kualiti DNA yang lebih tinggi. Jadi, ikuti  arahan manual pengguna yang disertakan bersama kit awak. Elakkan makan, minum, mengunyah, merokok, dan menggosok gigi 30 minit sebelum memulakan proses pengumpulan air liur, OK?

Hantar Sampel

Gunakan borang tempahan dalam talian dan pilih tarikh untuk perkhidmatan pengambilan percuma kami atau serahkan kit berserta sampel air liur awak ke Ibu Pejabat Elken atau mana-mana cawangan Elken, pusat serahan atau pengedar Elken. Mak hantar je kat City-Link. Tak perlu bayar pun. Semua dah all-in.

Finally, The Report!

Laporan biasanya akan siap dalam masa 4-6 minggu. Mak daftar kit pada 5 October dan dapat result on 10 November. Billa laporan dah siap, muat turun aplikasi TrueYou dari Google Play atau App Store dan log masuk untuk melihat apa yang dikatakan oleh gen kita. Dia send PDF juga through email, yang tu dapat je kena download sesiap sebab nanti link expired.

My Report TrueYou DNA Prime Profiling

As Mak mentioned earlier, report tu ada 84 laporan yang merangkumi 11 aspek; iaitu:

Diet

Tindak balas karbohidrat, Tindak balas lemak tepu, Manfaat lemak tak tepu, Tindak balas protein, Tindak balas gula, Kesan pengambilan gula berlebihan, Julat rasa pahit, Risiko makanan ringan, Kadar metabolik, Pembahagian lemak, Respons diet yoyo, Intoleransi laktosa.

Tidur

Berjaga malam, Tidur tidak lena,Tidur terganggu, Narkolepsi, Kesan stres terhadap tidur, Kesan kafein terhadap tidur.

Stress

Stres dan tekanan, Stres and daya ingatan, Pengendalian stres, Gejala fizikal akibat stres, Stres dan jantung, Stres dan kafein.

Fizikal

Kekuatan otot, Stamina otot, Jisim otot, Penggunaan oksigen, Julat anaerobik, Kadar pemulihan, Risiko kecederaan, Tindak balas keradangan, Jisim badan tanpa lemak, Nisbah kekuatan tenaga, Kesan senaman pada berat badan.

Kesihatan Mental

Tumpuan, Gila Kerja, Fokus dan Kafein, Pengendalian ingatan, Produktiviti waktu malam, Berani vs Perisau.

Kesihatan Jantung

Degupan jantung tidak teratur, Genetik tekanan darah tinggi, Garam penyebab tekanan darah tinggi, Ketidakseimbangan kolestrol, Isu kesihatan kardiovaskular.

Keperluan Vitamin

Kekurangan Vitamin D, Kekurangan Vitamin A, Kekurangan zat besi, Kekurangan magnesium, Kekurangan potasium, Kekurangan natrium, Kekurangan Vitamin B6, Kekurangan Vitamin B12, Kekurangan folat, Kekurangan selenium, Kekurangan kalsium, Manfaat Omega 3, Manfaat BCAA, Manfaat kolin, Manfaat glutamin, Manfaat kreatina, Manfaat Beta Alanina, Manfaat Arginin.

Kesihatan Usus

Toleransi gluten, Kerengsaan usus, Kesihatan gusi (oral), Stres dan Kesihatan usus, Kafein dan kesihatan usus.

Kesihatan Mata

Kemerosotan penglihatan, Katarak, Glaukoma, Penukaran Beta karotena, Vitamin B dan kesihatan mata.

Risiko Kesihatan

Sensitiviti kafein, Ketumpatan mineral genetik tulang, Risiko genetik obesiti, Risiko genetik penyakit kencing manis tahap 2, Risiko genetik jangkitan (demam/selsema)

Imuniti

Fungsi imun, Imuniti dan vitamin D, Imuniti dan vitamin B, Imuniti dan selenium, Imuniti dan PTPN22.

User Interface aplikasi TrueYou

Ya. Sebanyak kini aspek dalam laporan tu. Report Mak ada 137 muka surat in PDF. Tapi boleh je tengok dekat Apps. Lagi senang nak baca, bila-bila je. Mudah kan? This really impressed me. In order nak kekalkan kesihatan dan age gracefully, Mak memang sangat jaga diet dan amalkan hidup aktif but it based on what I already know bout myself roughly. Based on this report, barulah Mak tahu apa nutrient Mak kena ambil, apa yang tak perlu, apa aktiviti yang boleh mak buat, apa yang perlu dielakkan even I get to know more about me in detailed. This TrueYou DNA Prime profiling really helps me a lot. What say you? 

Mak would, once in a lifetime. Why not? ;) Untuk maklumat lanjut boleh layari laman sesawang TrueYou Prime: TrueYou DNA ok? Semua ada dekat situ. Till then, have a pleasant week ahead!

Comments

Sis Lin said…
Tak pernah terfikir nak buat DNA untuk diri sendiri.. entah... one day laa..
sitirohaida said…
baru tengok harga dia..Boleh tahan mak.Kalau ada budget rasa puas hati kalau dapat buat kan
Kerja Sendiri said…
Maknanya trueyou cuma terima air liur sahaja untuk buat ujian DNA?