Whitekish Magic Charcoal: Betul-betul berkesan tak?
WHITEKISH MAGIC CHARCOAL MEMELIHARA KESIHATAN MULUT DAN MEMUTIHKAN GIGI | Banyak produk di pasaran yang ada arang dalamnya kan? Face mask ada arang, aiskrim, ubat gigi, berus gigi dan banyak lagi. Mak ada terbaca satu artikel ni stated that arang mengandungi sifat semulajadi yang membantu menyerap toksin dan kekotoran serta memutihkan permukaan gigi sekaligus meningkatkan tahap kesihatan oral kita. Walaupun ianya bukanlah kajian yang menyakinkan tapi most of the people yang cuba produk ni cakap produk berasaskan arang; really works. Jadi bagi membuktikan keberkesanannya, especially time-time PKP ni - as nak buat scalling dekat clinic pun tak boleh, mak ada cuba satu produk ni -
Whitekish Magic Charcoal.
Whitekish Magic Charcoal ni sebenarnya adalah 100% serbuk arang yang diperbuat daripada bahan semulajadi iaitu arang dari tempurung kelapa. I'm a fan of coffee, and of course there's a coffee stain here and there. Jadi Mak beli, satu kotak Whitekish Magic Charcoal yang disertakan sekali satu berus gigi lembut ultra soft. Mak pernah nampak berus gigi ni dekat AEON Wellness. Bristle dia super halus dan banyak, sekali pandang macam span. Nanti kalau pergi AEON, Mak nak beli lah satu for the future. Sedap pakai.
Let me be honest, this is extreme. Betul. Ada banyak trusted research yang mengatakan penggunaan arang pada gigi dalam masa berterusan boleh menghakis enamel gigi serta menyebabkan gigi sensitif dan mudah rapuh. Ya serius. Jadi kalau awak nak cuba, please use this with precaution, okay? In case you ask, Mak provide BPFK punya notifikasi di bawah.
NOT200700100K
Whitekish Magic Charcoal
• Diperbuat dari 100% bahan semulajadi iaitu arang aktif (activated charcoal) dari tempurung kelapa (coconut shell) yang dibakar mengikut piawaian makmal. Ia tidak mempunyai bahan penghakis tambahan (peroxide) yang boleh merosakkan gigi.
• NOT200700100K.
• Buatan Malaysia
• Pengeluar oleh Mazinesor Resources (RKay Empire HQ)
• Kesannya boleh dilihat seawal seminggu dengan penggunaan yang betul.
• Satu bekas 10gm - Boleh tahan 2 bulan
• Menggunakan teknologi daripada Jepun
• Harga : Semenanjung Malaysia RM89.90, Sabah/Sarawak RM99.90
Cara Penggunaan Whitekish Magic Charcoal
Minggu pertama, macam yang dinyatakan di atas - Mak guna 2 kali sehari; pagi dan petang. It was messy, serbuk arang dia sangat halus dan obviously, hitam. I just dip my brush dekat serbuk tu and start brushing. But I did brush my teeth with my regular tooth paste lepas dah basuh bersih-bersih arang tu sebab it doesn't replace what toothpaste should do with your teeth, right? Selepas seminggu, Mak rasa macam gigi mak sensitif sikit. Biasanya tak sensitif, tapi bila makan aiskrim last time - pedih pula gigi. Mungkin sebab mak berus gigi kuat sangat rasanya sebab berus giginya halus-halus, macam tak puas menggosok. Selalu pakai medium kan. Buktinya, tak sampai seminggu pakai, berus gigi Mak kembang. LOL.But I must admit, plak gigi memang kurang. Mak tak adalah ada high expectation bab putih tu, kalau nak putih pergilah bleaching, right? On the spot putih.
Berus gigi kembang, sila jangan gelak. Ini membuktikan Mak memberus gigi bersungguh-sungguh
Minggu kedua dan ketiga, Mak pakai as instructed: 2 kali seminggu. So, this is my verdict. Mak rasa Whitekish Magic Charcoal ni membantu lighten kan warna gigi walaupun tak putih sepenuhnya macam bleaching, but it does help to absorb kotoran pada permukaan gigi kita.
Kalau awak nak cuba, nak baca testimoni atau nak dapatkan
Whitekish Magic Charcoal Whatsapp / Call / SMS di 0178898878 atau boleh ke website:
whitekish.com and let me know what you think, OK? Till then, have a plesant week to all of you.
Comments