Resepi Kuih Onde-Onde atau Buah Melaka

Awak semua panggil kuih bulat-bulat hijau ni apa? Mak panggil onde-onde, ada orang panggil ni buah melaka. Growing up, my mom sangat rajin buat kuih for tea time. Antara menu yang memang kerap Ibu buat: kuih bakar, kek sarang semut, jemput-jemput, lengkong, cekodok pisang, karipap, donut, bubur chacha and onde-onde tak terkecuali. Sebenarnya banyak lagi, as both my Ibu and Ayah really a good, I would say Chef? OK. Sebenarnya Ayah yang sangat pandai masak, and Ibu learn from him - till she become super expert herself. Cuma anak-anak dia yang 5 orang ni je tak menurun bakat sangat. Tak pastilah tak berbakat ke, or sebenarnya malas. Mungkin ada bakat: Bakat Makan level Michelin :') But now I'm a mom myself, normally I would just buy but for once it doesn't hurt to do anything from scratch kan? Jadi inilah dia, resepi onde-onde Nenek awak.

Resepi Onde-onde/Buah Melaka

Bahan-bahan:
4 sb tepung pulut
1 sb tepung beras
7 helai daun pandan - kisar dengan air dan ambil jus secukupnya - kalau tak ada boleh gantikan dengan sedikit pewarna hijau
2-3 daun pandan yang disimpul untuk air rebusan
Gula melaka - potong kecil
1/2 biji kelapa muda parut - ambil bahagian putih sahaja
Sedikit garam - untuk gaul dengan kelapa parut

Cara membuat:
1. Satukan tepung pulut dan tepung beras. Tuangkan air pandan sedikit demi sedikit dan uli sehingga menjadi doh yang tidak melekat.
2. Didihkan air bersama daun pandan yang disimpulkan tadi dan garam secubit buat syarat.
3. Ambil doh sebesar ibu jari, buat bulat dan leperkan. Masukkan gula melaka yang telah diracik dan gentel semula jadi bulat. 
4. Masukkan di dalam air rebusan tadi, biarkan sehingga kuih timbul. 
5. Angkat dan toskan airnya dan golekkan dengan kelapa parut tadi.Siap untuk dihidangkan.

Senang sahaja nak buat Onde-onde ni. Even the dough can become quite sticky and susah nak bulatkan semula after letak gula melaka, but eventually you will find the way around it. That's all. Terima kasih sudi baca resepi kita. Till then, happy cooking!

Comments

Sis Lin said…
Shedap, haritu pun masa adik-adik ada kat rumah, Sis buat jugaa, laku keras hahahaha
Uyul Rosli said…
Yang ni belum try lagi. Okayyyyy nak try!
Bebas said…
Onde-onde atau buah melaka ni sedap sampai orang putih pun suka makan.
Kerja Sendiri said…
Ini di antara kuih yang tak susah dibuat. Sedap!