Perintah Kawalan Pergerakan : Bukan Penghalang Untuk Pelajar Sekolah Belajar Di Rumah

Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang lalu telah mengakibatkan penutupan semua sekolah kerajaan dan swasta termasuk sekolah harian, sekolah berasrama penuh, dan sekolah antarabangsa.
Kesannya, sistem pengajaran dan pembelajaran (PdP) sedia ada terpaksa ditangguhkan buat sementara waktu.
Kini, satu pendekatan baharu telah diperkenalkan bagi memastikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dapat diteruskan secara teratur mengikut arahan pihak berkuasa menerusi Pandai Video dan Aplikasi Pandai.

Apa itu Pandai Video?
Pandai Video adalah hasil kompilasi video pembelajaran secara PERCUMA yang dilakukan oleh guru-guru di Malaysia melalui kerjasama Pandai Educational Sdn. Bhd. serta beberapa sumber lain di YouTube.
Apa yang uniknya, semua video tersebut sentiasa dikemaskini, ditapis dan disusun secara sistematik mengikut tahap, subjek, bab hinggalah kepada topik itu sendiri. 


Jika anda inginkan pembelajaran yang mudah, cepat dan seronok?
Boleh klik link dibawah:
Sekolah Rendah:
Sekolah Menengah:
Tingkatan 1: video.pandai.org/form1
Tingkatan 2: video.pandai.org/form2
Tingkatan 3: video.pandai.org/form3
Tingkatan 4: video.pandai.org/form4
Tingkatan 5: video.pandai.org/form5

Paparan laman web Pandai Video

Bagaimana pula dengan Aplikasi Pandai?
Aplikasi Pandai merupakan platform pembelajaran secara interaktif dalam membantu pelajar untuk mengulangkaji pelajaran dan membuat latih tubi secara berterusan,memantau prestasi mereka dan mencapai gred yang lebih baik.
Ia merangkumi beberapa subjek teras dan elektif seperti subjek Matematik, Sains, Matematik Tambahan, Biologi, Fizik, Kimia dan lain-lain lagi.
Bagi pelajar yang ingin menguji kefahaman tentang pelajaran, pelbagai soalan kuiz, ujian dan peperiksaan turut disediakan mengikut sukatan pelajaran di sekolah.
Kedua-dua alat pembelajaran ini disediakan khas untuk para pelajar bermula dari Darjah 1 hingga ke Tingkatan 5.
Ia juga menepati standard Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) sekaligus selaras dengan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Boleh lihat 
video testimonial seorang pelajar yang telah gunakan Aplikasi Pandai untuk persediaan SPM:
Mesti anda tertanya-tanya, bagaimana cara untuk mendapatkan Aplikasi Pandai?
Mudah sahaja, aplikasi ini juga boleh dimuatturun secara PERCUMA dengan menggunakan tablet atau telefon pintar melalui aplikasi Android & IOS.

Atau terus layari ke laman web utama Pandai iaituwww.pandai.org untuk mendapatkan keterangan dengan lebih lanjut.
Dan jangan lupa untuk FOLLOWLIKE danSHARE di

FACEBOOK: @pandaiofficial
INSTAGRAM: @pandaiofficial
Tunggu apa lagi?? Jom ramai-ramai belajar menggunakan Aplikasi Pandai dan Pandai Video!
Tolong sebarkan mesej ini kepada saudara-mara dan rakan-rakan yang lain supaya mereka pun boleh belajar dari rumah.

Comments

Abam Kie said…
nak try guna la. lgpun anak ambik spm thn ni....