Aktiviti Wangikan Rumah Ronald McDonald HUSM Oleh Team AFY haniff

Aktiviti Wangikan Rumah Ronald McDonald HUSM Oleh Team AFY haniff| AFY haniff adalah satu jenama yang tidak asing lagi di Malaysia. AFY haniff Group (M) Sdn. Bhd yang diasaskan dan diperbadankan di Malaysia pada tahun 2006, menyediakan detergen herba organik dan penghalau serangga yang mengandungi intipati serai. AFY haniff sangat terkenal dengan dengan formula organik yang dapat menakutkan serangga. Hari ini, AFY haniff telah berjaya berada di lebih daripada 2,000 pasar raya di Semenanjung Malaysia, Sabah, Sarawak, Brunei, Singapura dan Thailand.
Pengasas Produk AFY haniff

Pelbagai Produk Keluaran AFY haniff
Produk pati Serai Wangi AFY haniff telah terbukti berkesan untuk mengusir pelbagai jenis serangga secara semulajadi tanpa memberi kemudaratan kepada pengguna. Penggunaan bahan berasaskan organik ini secara langsung dapat membantu mengekalkan persekitaran yang bersih dan kehidupan yang lebih sihat. 

Terdapat 11 jenis produk di bawah label AFY haniff yang korang boleh beli di pasaran seperti produk semburan penghalau serangga dan pencuci lantai, ubat anti tikus dan lipas serta lilin dan minyak pelita penghalau serangga.

Di antara produk AFY haniff yang lain adalah :

1.Pewangi Fabrik D'MENC AFY haniff
2. Sabun Pencuci Pinggan 40 DAYS AFY haniff
3. Pencuci Tangan Berbuih PLASH AFY haniff
4. Penghalau Serangga Secara Semulajadi SWIPEL AFY haniff


Aktiviti Wangikan Rumah Ronald McDonald HUSM Oleh Team AFY haniff
Rumah Ronald McDonald di Hospital USM
Rumah Ronald McDonald di Hospital USM

Untuk pengetahuan semua, baru baru ini  AFY haniff telah mengadakan aktiviti gotong royong mewangikan Rumah Ronald McDonald di HUSM Kubang Kerian, Kelantan. Ini merupakan aktiviti hasil kerjasama yang pertama di antara AFY haniff dan team McDonald’s dengan dibantu oleh Bite Media Consultants selaku pembantu belakang tabir untuk sama sama menjayakan event ini.
Tujuan utama AFY haniff bertindak mewangikan Rumah Ronald McDonald ini adalah sebagai tanda simpati kepara para pesakit dan waris terdekat untuk bahagian Pediatrik di HUSM Kubang Kerian, Kelantan. Kehadiran AFY haniff di Rumah Ronald McDonald ini sekurang kurangnya dapat meringankan beban pesakit dan keluarga mereka sepanjang mendapatkan rawatan di HUSM Kubang Kerian. Nampak menarik dan seronok pula aktiviti yang diadakan ni. Kalau Mimi berada berdekatan dengan Rumah Ronald McDonald di HUSM Kubang Kerian pasti Mimi akan turut serta menyumbang tenaga untuk sama sama menjayakan aktiviti yang berfaedah dan menyeronokkan ini.

Aktiviti mewangikan Rumah Ronald McDonald yang diadakan pada 24 September 2019, Selasa yang lepas dimulakan dengan sesi perkenalan dan taklimat ringkas kepada semua yang terlibat untuk menjayakan aktiviti mewangikan Rumah Ronald McDonald. Setelah taklimat ringkas mengenai aktiviti yang akan diadakan diberikan, sesi lawatan Rumah Ronald McDonald diadakan selama satu jam. Selesai sesi lawatan, aktiviti shopping barangan keperluan untuk penghuni Rumah Ronald McDonald pula.
Pemberian wang secara ‘kilat’ turut diberikan pada salah seorang waris pesakit pediatrik di HUSM Kubang Kerian

Antara barangan keperluan yang dibeli untuk Rumah Ronald McDonald adalah seperti barangan elektrik, peralatan memasak, makanan kering dan juga makanan basah. Aktiviti shopping barangan keperluan ini mengambil masa kira kira 2 jam. Selesai shopping barangan keperluan, sesi masak beramai-ramai diadakan untuk makan bersama sama dengan penghuni Rumah Ronald McDonald. Mimi dapat bayangkan kemeriahan aktiviti masak beramai-ramai ni, pasti meriah macam aktiviti merewang kenduri kahwin kan? Ketika itu, masing masing sibuk bantu membantu antara satu sama lain dan melakukan kerja-kerja yang telah diagihkan.

Tahniah AFY haniff Group (M) Sdn Bhd atas usaha murni membantu individu yang kurang berkemampuan. Diharapkan semua pihak dapat mencontohi dan meneruskan lagi Tanggungjawab Sosial Korporat sebegini di masa akan datang.

Untuk maklumat lanjut tentang Afy Haniff Group (M) Sdn Bhd; lawati:

AFY haniff Group (M) Sdn Bhd

Comments

cikguzim said…
Harum semerbak kalau mcm ni hehe