MOONLIGHT CAKE HOUSE TAMAN PELANGI : PEMBUKAAN SEMULA

Pembukaan Semula Moonlight Cake House Taman Pelangi, Johor Bahru | Kalau bercakap tentang Moonlight Cake House, Mak mesti teringat kek durian mereka yang viral sejak tahun 2017 lagi, memang sedap. Jadinya minggu lepas, Mak dan rakan-rakan blogger yang lain dijemput ke "Blogger Party" anjuran Moonlight Cake House bagi meraikan pembukaan semula Moonlight Cake House cawangan Taman Pelangi yang ditutup sementara bagi proses pengubahsuaian kedai.
Kredit: Sis Lin
KEDAI KEK MOONLIGHT / MOONLIGHT CAKE HOUSE
Moonlight Cake House cawangan Taman Pelangi ada 3 tingkat. Tingkat paling bawah, kedai kek; tingkat 2; tempat makan-makan dan tingkat 3; pun tempat makan juga tapi untuk private event ;) To cut it short, selain kek, roti dan pastry - Moonlight Cake House menyediakan pelbagai pilihan hidangan tempatan dan barat yang pastinya memenuhi citarasa anda.

MENU: MOONLIGHT CAKE HOUSE
FOOD TASTING
 Mushroom Soup in French Putt
 Moonlight Sharing Platter
 Bamboo Charcoal Homemade Chicken Burger
 Morning Light
 Piccata Chicken Breast with Mozzarella and Cream Yellow Mustard
 Risotto Seafood
 Norwegian Salmon and Salted Egg Rocket
 Seafood Gnocchi
 Australian Lamb Shank
 Moonlight Signature Pasta
 Salted Egg with Chicken Floss Fried Rice
 Japanese Pizza
Sea Salt Lava Cake
Secara keseluruhannya, Mak berpuas hati dengan keadaan kafe yang cukup selesa. Makanan pun sedap, harga berpatutan. Kalau awak tanya Mak, mana satu would be my favourite dish; it would be Australian Lamb Shank yang direneh 7 jam and of course Norwegian Salmon and Salted Egg Rocket - both tak hanyir, and I love it!
Kalau datang Bandaraya Johor Bahru, jangan lupa singgah sini tau. Ajak Mak sekali ;)
Moonlight Cake House Taman Pelangi - No Pork, No Lard, No Alcohol
160, Jalan Sri Pelangi, Taman Pelangi, 80400 Johor Bahru, Johor, Malaysia
www.moonlightcake.com / info@moonlightcake.com
+607-333 9922
Dibuka dari 9 pagi hingga 1 pagi
Instagram: @moonlightcakehouse / Facebook: Moonlight Cake House
Lokasi : Moonligh Cake House Taman Pelangi
Till then, happy food hunting!

Comments

Sis Lin said…
Nanti kita dating sini laa yokk hehehehe
Ciktie said…
Bestnya !! Macam² ada tu.
aduuuhai gambar2 makanan mengundang ailiooo berkumpul hehe..
Illya LeYa said…
Wahhh... Menarik la mak.. Nanti LeYa singgah JB, boleh jadikan rujukan artikel ni.. Thanks sharing nice info, Mak.
Mar Mansor said…
moonlight yang kat seri alam bila nak panggil kita?