Lemon Tree Restaurant, Megah Ria
Lemon Tree Restaurant, Megah Ria | Ingat tak tahun lepas Mak ada pergi review Lemon Tree Restaurant cawangan Taman Ehsan Jaya? Akhir bulan lepas, Lemon Tree Restaurant melangkah setapak lagi dengan pembukaan 2 lagi cawangan baru mereka; Mutiara Rini dan Megah Ria. Cawangan Megah Ria dah dekat sangat dengan rumah Mak. Jadi, Mak dan kawan-kawan decide pergi hang out dekat sana ;)
MENU RESTORAN LEMON TREE
Pelbagai hidangan barat dan tempatan ditawarkan. Semuanya sedap-sedap, terutamanya Pizza yang memang menjadi menu pilihan kami jika berkunjung ke Lemon Tree, Restaurant. Senarai menu seperti berikut:
Menu dekat cawangan Megah Ria sama sahaja dengan menu dicawangan Taman Ehsan Jaya yang kami kunjungi sebelum ni. Bezanya, lokasi dan cawangan Megah Ria lebih luas dan selesa. Parking pun senang.
Menu of the Day
Yang menarik hidangan di Lemon Tree Restaurant ni, bukan sahaja sedap malahan portionnya yang besar memang betul-betul mengenyangkan. Kalau Mak datang seorang, alamatnya kena tapaulah baki makanan.
Tiramisu Cake
Kesimpulannya, semua menu sedap. Memang menjadi pilihan mak sekeluarga serta kawan-kawan ;) Untuk maklumat lanjut tentang Lemon Tree Restaurant, ikuti mereka di sosial media: Facebook
Restoran Lemon Tree
No 39 & 41, Jalan Kota 2,
Taman Cahaya Kota Puteri,
81750 Masai, Johor.
Tel: 018-7771 557
Waktu beroperasi: 11.30 pagi - 10.30 malam
Dibuka setiap hari
(Untuk senarai cawangan yang lain, rujuk album menu di atas)
Baca Entri Sebelum Ini: Lemon Tree Restaurant, Johor Bahru
MENU RESTORAN LEMON TREE
Pelbagai hidangan barat dan tempatan ditawarkan. Semuanya sedap-sedap, terutamanya Pizza yang memang menjadi menu pilihan kami jika berkunjung ke Lemon Tree, Restaurant. Senarai menu seperti berikut:
Black Pepper Beef Burger
Grilled Salmon Fillet
Yang Chow Fried Rice
Hawaiian Chicken Burger
Island Seafood Pizza
Spicy Tuna Pizza
Mee Goreng mamak
Black pepper Ham & Cheesy Grilled Chicken Chop
Gong Bao Chicken
Cheesy Grill Perch Fish
Double Choclate Cake
Comments
Nanti nak try juga ke sana makan..