Lemon Tree Restaurant, Johor Bahru
Lemon Tree Restaurant, Johor Bahru | Lemon Tree Restaurant telah bertapak sejak tahun 2003, dan kini ia mempunyai 7 cawangan sekitar Johor Bahru. Diasaskan oleh Encik Jeffery Bong, yang pernah berkhidmat di Grand Hyatt Hotel di Singapura dan Thistle Hotel Johor Bahru pastinya hidangan yang ditawarkan memikat selera anda. Restoran dinamakan sempena lagu kegemaran pemilik, "Lemon Tree".
Jadi apa yang menarik di Lemon Tree Restaurant, Taman Desa Jaya?
Lemon Tree Restaurant menyediakan hidangan barat seperti salad, sandwich, pasta, steak, ayam, ikan, burger, pelbagai hidangan sampingan serta makanan tempatan - nasi goreng, ayam/ikan kungpao, ayam/ikan dan lain-lain (rujuk menu)
Menu Pilihan Mak?
Boleh dikatakan ini bukan pertama kali Mak makan di Lemon Tree Restaurant. Mak pernah juga makan di cawangan Permas Jaya. Memang sedap dan yang paling penting mesra keluarga, selesa dan harganya pun berpatutan.
Cuma macam ada perbezaan menu antara cawangan, ada menu yanga ada dan tiada. Mungkin sebab Restaurant Lemon Tree cawangan Taman Desa Jaya ini baru dibuka.
‘I wonder how, I wonder why, yesterday you told me ‘bout the blue blue sky" - Lemon Tree by Fools Garden
Jadi apa yang menarik di Lemon Tree Restaurant, Taman Desa Jaya?
Lemon Tree Restaurant menyediakan hidangan barat seperti salad, sandwich, pasta, steak, ayam, ikan, burger, pelbagai hidangan sampingan serta makanan tempatan - nasi goreng, ayam/ikan kungpao, ayam/ikan dan lain-lain (rujuk menu)
Garden Salad Salmon Chunk with Italian Vinaigrette Dressing
Chicken Bolognese Baked with Cheese
Thai style Chicken Pizza
Seafood Aglio-Olio
Gong Bao Chicken
Beef Burger
Crispy Perch Skin Cutlet
Double Chocolate Cake
Tiramisu
Mak syorkan awak pilih menu di atas. Tapi kalau harus memilih (Harap tidak), pilih burger daging. Juicy dan mengenyangkan atau Gong Bao Chicken atau pizza yang perfect dengan toppingnya yang generous dan roti yang sedikit rangup diluar, lembut di dalam walaupun dah sejuk (makan 5 minit, ambil gambar tu yang buat lama *facepalm*). Jangan lupa order Tiramisu cake! Mesti terbayang-bayang bawa ke tidur ;) Ada tak Mak cakap dengan setiap hidangan Western, awak boleh pilih 2 dari 12 pilihan hidangan sampingan (rujuk menu diatas).
Hidangan kanak-kanak juga disediakan, but Mak won't bother sebab setiap hidangan+side dishnya banyak. Jimat.
Apa-apa pun tahniah Lemon Tree Restaurant atas pembukaan cawangan baru dan akan datang (Mutiara Rini dan Bandar Baru Kota Putri). Untuk maklumat lanjut tentang Lemon Tree Restaurant, ikuti mereka di sosial media: Facebook
Restoran Lemon Tree
33, Jalan Danau 3,
Taman Desa Jaya,
81100 Johor Bahru,
Johor.
12.00 pm - 10.30 pm
12.00 pm - 10.30 pm
07-3643301
(Untuk senarai cawangan yang lain, rujuk album menu di atas)
(Untuk senarai cawangan yang lain, rujuk album menu di atas)
Comments
tapi menu2 semua nampak menarik. :)