Resepi/Cara Buat Onion Ring Ala Dominos Sedap
Tapi sekarang dah tak beli OK~ sebab Mak dah pandai buat sendiri #hairflipped. Rupanya-rupanya mudah dan simple je. Rasa dia sebiji macam yang dijual di kedai.
Bahan-bahan:
4 biji bawang holland - potong bulat dan ceraikan
1 cawan tepung serbaguna
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil garam
1 cawan susu - Mak pakai Goodday Full Cream sekotak kecil
1 biji telur
2 cawan serbuk roti - as needed (Mak guna jenama Meriah)
Minyak untuk menggoreng
Cara membuat:
1. Campurkan tepung, baking powder, dan garam bersama susu (nak buat batter untuk goreng - buat pekat sikit)
2. Celupkan gegelung bawang tadi dalam batter tadi, biarkan drip (toskan?) dan golek-golek dekat serbuk roti.
3. Goreng 2-3 minit sehingga keemasan dan toskan. Taburkan garam semasa panas, jika perlu.
Kalau nak variasikan sikit, coating batter tu awak boleh letak cayenne/paprika untuk rasa pedas, or cheese powder. Nak sprinkle sahaja masa dah siap goreng pun boleh. Mak suka letak oregano. 4 biji bawang nampak macam sikit kan? Tapi sebenarnya boleh dapat banyak ;) Puas makan. Cubalah. Till then, Salam.
sedapnyaaaa
ReplyDeletesedap ni mak. saya pun suka side dish ni. makan panas-panas..lagilah sedap.
ReplyDeletekena letak susu rupanya ye.
wah....sodap ni mak
ReplyDelete