Ketupat Palas Segera Jenama Nona
Ketupat Palas Segera Jenama Nona | Tiap-tiap tahun, Ketupat Nona memang jadi pilihan keluaraga Mak. Memang lembut dan puas hati. Ceritanya, Mak buat ketupat palas untuk sarapan dua hari lepas. Literally, Mak cuma rebus sahaja. Hari tu, ternampak dekat timeline fanpage masakan terkenal, MAHN; orang masak ketupat palas segera yang ni. Ikut komen, memang ramai dah rasa kesedapnnya. Jadi bila Mak terjumpa, Mak belilah 1 buat rasa.
Harga sebungkus Ketupat Palas Segera Nona dalam RM6+. Dalamnya ada 13 bungkusan kecil ketupat. Disertakan sekali santan segera. Tapi Mak tak guna santan tu, sebab kalau tengok ingredient santan: krimer bukan tenusu, perasa santan dan garam. Mak tukar dengan pilihan yang lebih sihat, santan kotak Kara ;)
Kalau ikut cara memasak di bungkusan Ketupat Palas Nona ni, basuh dan letak semua sekali bahan dalam periuk dan rebus 1 jam. Cara Mak pula, basuh dan rebus dengan air serta sesudu besar garam seperti biasa selama 30 minit. 30 minit lagi baru Mak letak santan. Dah siap sejukkan terlebih dahulu barulah dihidang.
Macam nilah kejadian akhirnya. Mak tak tunggu sejuk, excited sangat nak makan. Memang sedap, lemak serta lembut. Dipadankan sekali dengan sambal tumis dan kari ayam pekat. Rasa macam tak cukup sebungkus makan dengan anak-anak. Nanti bolehlah beli lagi buat spare. Bila-bila terasa nak makan ketupat palas, boleh rebus. Next time nak cuba Lemang Segera Nona pula ;)
P/S: I've being eye-ing Philip Pressure Cooker ;) Entah bila nak beli.
serius sedap mak, miza dah buat stock dekat rumah. kalau nak tunggu makan ketupas daun palas kena balik kampung sebab miza malas nak membungkus
ReplyDeletePernah beli ketupat palas nona ni. Sedap juga rasanya.
ReplyDeleteMemang sedap, Sis tiap-tiap tahun rebus palas ni, ada lagi satu, Mak try yang lemang segera tu, pun sama caranya macam Palas ni, brand pun sama..
ReplyDeleteWah ketupat palas pun ada yang segera ya. Tapi rasanya mesti tak sama kan sebab takde daun palas tu hehe
ReplyDeletenot bad lah rasanya
ReplyDeletetapi suka yang buat sendiri lagi
hehehe
nampak sedap & mudah je nk buat..
ReplyDeleteAerill Hassan
belum cuba lagi...
ReplyDeleteala...sedapnyer...rasa nak cari jugaklah besok..
ReplyDeletesenang ek mak pakai ni..nanti nak try jugak la
ReplyDeleteSalam,
ReplyDeleteLepas mak rebus dgn air & garam 30min, buang ke air tu? Baru rebus dgn santan?