Cara Buat Kuah Durian/Serawa Durian/Lempok Durian
Resepi Kuah Durian/Serawa Durian/Lempok Durian | Musim durian hampir tamat ni, awak semua dah merasa keenakkan raja buah ke belum? Alhamdulillah, musim durian kali ini kami sekeluarga memang puas makan durian. Semalam jiran datang, jual durian 3 biji RM10. Murah dan elok pula duriannya. Mak beli RM40 terus kongsi dengan keluarga yang lain.
Ada lebihan, Mak terasa nak buat kuah durian. Boleh simpan dalam peti ais, tahan lama. Boleh makan dengan roti, biskut, roti jala, topping aiskrim; eh macam-macamlah. Jadi ini resepi kuah durian/serawa durian versi mak.
Bahan-bahan:
10 ulas durian
2 cawan air
1 kotak santan Kara
4 sudu besar gula melaka (tahap kemanisan masing-masing; atau gula putih/perang)
Daun pandan (dicarik dan diikat)
Secubit garam
Cara membuat:
Satukan semua bahan dan kacau perlahan dengan api kecil sehingga pekat. Kena selalu kacau supaya santan tidak pecah.
Ada orang letak tepung jagung sahaja untuk pekatkan kuah. Ada juga yang letak susu pekat sedikit. Terpulang, ikut sedap masing-masing ;) Till then, Salam.
P/S: Minat durian tapi tempoyak memang tak lalu nak makan.

Comments