Resepi Sos Masam Manis Paling Senang dan Sedap
Nasi (beras rebus) dan Fillet Ikan Masak Masam Manis ;)
Dalam sos ini kita boleh pelbagaikan sayurannya; boleh letak lada benggala, jagung muda, timun, nenas, mangga dan sebagainya. Kalau tak ada bahan; Mak cuma guna bawang besar dan cili besar dibelah dua dan dipotong 2cm× 3cm, empulur putihnya dibuang bagi kurangkan pedas untuk santapan anak-anak Mak.
Kalau nak nak masak ayam/ikan/udang/sotong, lumurkan tepung jagung serta perasa dan goreng sehingga garing. Sos masam manis dicurahkan kemudian keatas, dan makan panas-panas. Pasti berselera. Di bawah ini, resepi cukup bahan.
Bahan-bahan:
1/2 biji lada benggala (merah, hijau, kuning) - dipotong dadu
150gm timun dan nenas - dipotong dadu
1 biji bawang besar - dipotong dadu
1 ulas bawang putih - dihiris
2-3 sudu besar minyak masak
Bahan Untuk Sos:
3 sudu besar sos cili
4 sudu besar sos tomato
2 sudu besar cuka/air limau
1 sudu kecil tepung jagung
1 sudu kecil Maggi Cukup Rasa/ Garam Gula
100ml air
Cara-caranya:
1. Gaul semua bahan sos dalam 1 mangkuk.
2. Tumis sedikit lada benggala, nenas (apa-apa sayur yang ada) dan bawang.
3. Tuangkan campuran sos tadi dan kacau biar mendidih.
4. Kecilkan api dan biarkan seketika.
5. Sedia dihidangkan.
Terbayang ikan kerapu atau siakap yang digoreng garing. Memikirkannya sahaja dah boleh buat orang terliur. Tapi dengan harga ikan yang mencanak dewasa ini, harga lagi mahal dari seekor ayam, maka sebagai rakyat marhaen sekali sekala bolehlah merasa keenakkan ikan kerapu/siakap. Kalau tak, awak beli jelah ikan dori atau nugget ikan tempura brand First Pride. Lepaslah keinginan tekak perut nak makan ikan masak masam manis.
Mudah bukan? Jangan lupa mencuba ya? Tak perlu makan di kedai lagi. Masak sendiri boleh makan bertambah-tambah nasi, puas hati. Till then, Salam ;)
Comments
Lama tak masak menu ni..nanti nak buatlah time raya hehehe