Pemeriksaan Kesihatan Gigi di Klinik Pergigian UTC Pasir Gudang
Sebenarnya, gigi anak Mak semua OK sahaja. Cuma nak buat pemeriksaan gigi anak Mak, Fateh. Mak risau pula umur dah 2 tahun++ tapi gigi belum penuh. Abang-abang dia cepat tumbuh gigi and by umur 2 tahun dah penuh (gigi susu).
Perkhidmatan di Klinik Pergigian UTC Pasir Gudang
Suasana klinik aman sahaja masa Mak datang. Tak ramai orang pun, dari mula pendaftaran dan pemeriksaan. Iman dan Fateh seronok dapat berjumpa doktor gigi. Doktor cakap, gigi anak Mak kedua-duanya bagus. Cuma mungkin Fateh ambil masa untuk keluar semua gigi. Tunggu dulu dan jika tak ada juga, kena pergi buat x-ray untuk periksa samaada ada gigi tak dalam gusi dia. Tapi doktor kata, everything should be OK. Lega Mak mendengarnya.
Perkhidmatan dan Bayaran di Klinik Pergigian UTC Pasir Gudang
Sebenarnya semua klinik pergigian kerajaan sama sahaja. Iman dan Fateh tidak dikenakan bayaran, sebab kanak-kanak bawah 6 tahun memang dapat rawatan percuma.
Rawatan percuma diberi kepada golongan pesakit seperti berikut:
1. Kakitangan kerajaan dengan GL
2. Kanak-kanak dibawah 6 tahun dengan surat beranak/MyKid
3. Pelajar dengan surat sekolah
4. Warganegara berumur 60 tahun keatas (pendaftaran sahaja)
5. Penderma darah dengan kad derma darah
6. Ibu mengandung dengan buku rekod kesihatan ibu (Buku Pink)
Selesai urusan di klinik, Mak belanja Iman dan Fateh aiskrim. Irony *gelak besar* That's all for today. Selamat berpuasa.
Comments