MENANGI HADIAH BERNILAI RM10 RIBU DENGAN PERADUAN WEFIE RAYA BERSAMA JUS HIDAYAH GOLD

MENANGI HADIAH BERNILAI RM10 RIBU DENGAN PERADUAN WEFIE RAYA BERSAMA JUS HIDAYAH GOLD| Berita baik untuk pelanggan tetap Jus Hidayah Gold atau bakal pengguna ;) Seraimas akan mengadakan Peraduan Wefie Raya bermula 17 Mei 2018 sehingga 1 Julai 2018, 10 malam.
Hadiah bernilai RM 10,000 bakal dimenangi dan anda berpeluang untuk beramah mesra di rumah terbuka Hari Raya bersama Imam Muda Asyraf dan keluarga Seraimas bersama pasangan di (maklumat mengenai lokasi, masa dan tarikh akan diberitahu kemudian)

CARA PENYERTAAN
1. Dapatkan Jus Hidayah Gold di:
     ✅ Toko-toko Jamu berhampiran
     ✅ Laman sesawang Seraimas - www.seraimas.my
     ✅ Facebook Seraimas HQ
2. Peserta perlu bergambar beramai-ramai (“wefie”) bersertakan Jus Hidayah Gold sebagai bukti
3. Muat turun aplikasi QR reader di App Store atau Play Store dan scan QR code yang tertera di kotak Jus Hidayah Gold
4. Isi butiran lanjut dan masukkan “original code”. Ikut langkah seperti yang tertera di laman sesawang www.seraimas.my
5. Masukan slogan "Saya sertai peraduan Wefie Raya Jus Hidayah Gold.kerana........." Ayat tidak boleh melebihi 50 patah perkataan.
6. Muat naik gambar wefie raya anda di platform yang disediakan. Dengan memuatnaik gambar di platform ini anda telah mengakui bahawa:
     ✅ Gambar adalah milik anda
     ✅ Tiada sebarang pelanggaran hak cipta atau seumpamanya
     ✅ Anda bertanggungjawab sepenuhnya terhadap gambar dan maklumat yang dimuatnaik
     ✅ Membenarkan pihak penganjur menggunakan atau menyiarkan gambar anda di sebarang media bagi tujuan pengiklanan dan promosi produk Seraimas.
7. Untuk anda berpeluang memenangi hadiah, penyertaan anda mestilah diterima pada hari akhir tempoh peraduan. Semua penyertaan yang diterima di luar tempoh peraduan tidak akan dilayan.
8. Dengan menyertai peraduan ini, anda adalah dengan ini dianggap telah menerima dan bersetuju dengan terma dan syarat Peraduan #WefieRayaJusHidayahGold. Sila klik link ini
Anda boleh menghantar seberapa banyak penyertaan yang dikehendaki dengan syarat setiap penyertaan mesti mempunyai gambar kotak produk Jus Hidayah Gold sebagai bukti pembelian.

HADIAH
Seramai 5 orang pemenang akan dipilih berdasarkan yang paling kreatif dan menarik oleh pihak juri yang dilantik. Berikut adalah hadiah-hadiah yang bakal dimenangi.

Tempat Pertama
Gold Bar (20g) + 2 jemputan ke rumah terbuka bersama Imam Muda dan keluarga Seraimas

Tempat Kedua
Gold Bar (10g) + 2 jemputan ke rumah terbuka bersama Imam Muda dan keluarga Seraimas

Tempat Ketiga, Keempat dan Kelima
1 dinar emas + 2 jemputan ke rumah terbuka bersama Imam Muda dan keluarga Seraimas

Pemenang akan diumumkan pada 1/7/2018 melalui Facebook Seraimas HQ.

JUS HIDAYAH GOLD
Jus Hidayah Gold adalah minuman kesihatan bermutu tinggi dan menggabungkan 23 jenis herba yang memberi kebaikan dan kesan berganda untuk lebih sihat dan kekal cantik.

Kombinasi Raja Segala herba seperti Madu, Buah Tiín, Kismis, Kurma Merah, Apricot, Delima, Lada Pintal, Cengkih, Kunyit, Buah Pala, Senduduk Putih, Mahkota Dewa, Habbatus Sauda, Mengkudu, Teja Lawang dan pelbagai lagi bahan semulajadi ini mempunyai kebaikan dan khasiat luar biasa untuk kesihatan tubuh badan dan mengatasi segala macam penyakit.

Produk yang tidak perlu diperkenalkan lagi ini turut dapat membantu pelbagai masalah kesihatan. Tidak terhad kepada penyakit ringan sahaja, Jus Hidayah Gold juga dapat mengatasi penyakit serius atau kronik seperti penyakit kanser, diabetes, darah tinggi, gout, SLE (systemic lupus erythematous), angin ahmar, migraine, buasir, denggi, masalah usus (gastik atau sembelit) dan sebagainya.

Sejak dari zaman dahulu, banyak jenis tumbuhan yang digunakan oleh nenek moyang kita untuk mengubati penyakit luar dan juga dalaman. Namun, masih ramai di antara kita yang belum mengetahui atau berasa yakin bahawa bahan-bahan semulajadi ini sebenarnya jauh lebih baik untuk mencegah dan juga merawat penyakit. Produk berasaskan herba alam semulajadi seperti Jus Hidayah Gold ini boleh dijadikan alternatif untuk mengekalkan kesihatan ataupun mengubati penyakit. Bak kata pepatah Melayu, cegah sebelum kena.

Gabungan mantap 23 jenis herba terpilih ini juga terdiri daripada makanan sunnah yang berkualiti tinggi yang sememangnya bermanfaat untuk kesihatan tubuh badan. Malah jika diamalkan setiap hari dan dijadikan sebagai rutin, ia mampu mencegah pelbagai penyakit, menyihatkan badan dan mengembalikan keseimbangan sistem tubuh badan.

Warisan herba sepanjang zaman ini mampu dimiliki untuk kesihatan seisi keluarga serta mengeratkan lagi jalinan kebahagiaan bersama. Lebih Kuat, Lebih Cergas dan Lebih Beramal dengan Jus Hidayah Gold keluaran Seraimas Herbs.

IMAM MUDA ASYRAF SEBAGAI DUTA JUS HIDAYAH GOLD - "LEBIH KUAT, LEBIH CERGAS, LEBIH BERAMAL"
Tidak perlu diperkenalkan lagi, kita dah sedia tahu yang Imam Muda Asyraf merupakan juara musim pertama program pencarian imam dalam kalangan generasi muda. Program Imam Muda yang disiarkan secara langsung menerusi saluran televisyen berbayar Astro Oasis membuatkan pemilik nama Muhammad Asyraf Mohd Ridzuan dikenali ramai.

Imam Muda Asyraf juga meneruskan diri dakwah beliau menerusi program bual bicara iaitu Hidayah Talk yang membincangkan pelbagai isu melalui laman Facebook pengeluar jus ini iaitu Seraimas HQ. Program bual bicara yang berlangsung tiga kali dalam sebulan ini mengupas topik-topik semasa tentang kekeluargaan dan pentingnya kesihatan.

TENTANG SERAIMAS HERBS SDN. BHD.
Serai Mas Herbs Sdn Bhd ditubuhkan pada 2005 di atas impian dan inspirasi oleh pengasas yang juga Pengarah Urusan Syarikat, Datin Hajjah Sunita Bibi Ali Akhbar. Menyedari hakikat bahawa sektor makanan tambahan bagi tujuan kesihatan dan juga produk kosmetik serta kecantikan amat menggalakkan, maka syarikat ini mula beroperasi dengan menyediakan pelbagai rangkaian produk yang bermutu tinggi.

Syarikat ini telah diperbadankan di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 pada tarikh 22 Julai 2005. Dengan kejayaan cemerlang yang telah diperolehi sepanjang penglibatan syarikat dalam bidang ini, maka Serai Mas kini beroperasi sepenuhnya di Labis, Johor.

Produk kesihatan dan kecantikan berasaskan herba dan bahan semulajadi ini bermula dengan produk Losyen Terapi Anggun dan Dara Mas Cucian Wanita, Serai Mas Herb dan juga produk kulit Astanita Collagen Skinz dan C’Bidadari Juice Khas untuk kaum wanita yang mementingkan kecantikan luaran dan dalaman. Ia mula berkembang dan semakin unggul ke hadapan apabila memperkenalkan produk lain seperti Jus Hidayah, Kismis Hidayah, Raudah Energy Drinks, Rest Slimm Mango Drink dan Bengkung Puteri Mas yang menjadi pilihan ibu selepas bersalin.

Perjalanan Serai Mas Herbs Trading bermula daripada sebuah kedai jamu milik Datin Hajjah Sunita Bibi yang ketika itu menjadi stokis untuk satu produk lokal syarikat lain. Beliau nekad untuk membina empayarnya sendiri selepas dia ditipu dan ditikam belakang oleh syarikat terbabit. Seiring dengan cita-citanya semenjak kecil yang mahu menubuhkan perniagaan sendiri, tanpa ragu beliau mengeluarkan produk kesihatannya sendiri. Walaupun ketika itu beliau kurang arif dengan ilmu dalam bidang jualan dan pemasaran, namun atas nekad dan sokongan daripada suaminya, beliau yakin bahawa syarikatnya pasti akan berjaya suatu hari nanti.

Walaupun tidak mempunyai pendidikan tinggi dan mempunyai latar belakang dari keluarga yang porak peranda, beliau berjaya menepis segala tomahan masyarakat yang suatu ketika dahulu mengejinya dan berjaya menubuhkan syarikat sendiri hasil titik peluhnya itu. Setiap tekanan yang dilaluinya sejak kecil menjadi inspirasi untuk dirinya agar terus bangun dan tidak mudah putus asa. Datin Hajjah Sunita Bibi juga percaya dengan mengeluarkan produk kesihatan ini, ia dapat membantu orang ramai untuk menjaga kesihatan walaupun sibuk dengan kehidupan harian. Menekankan isu kekeluargaan, setiap produk yang dihasilkannya mampu dimiliki oleh setiap ahli keluarga kerana produknya bermula dari produk bayi, kanak-kanak, ibu mengandung, serta warga emas. Malah harga mampu milik yang ditawarkan ini mampu untuk dimiliki oleh setiap ahli keluarga di Malaysia.

Beliau percaya dengan hubungan kasih sayang dan kekeluargaan yang penting dalam satu keluarga itu, produk ini mampu memberi kesan positif jika diamalkan selalu. Beliau juga mahu produk kesihatannya ini mampu pergi jauh dan boleh mengorak langkah hingga ke luar negara.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi talian: +6012 7848364 atau layari laman sesawang - Serai Mas Herbs di www.seraimas.my atau kunjungi Seraimas Herbs di media sosial:
Facebook: Seraimas HQ
Instagram: @seraimashq
Youtube: Seraimas Herbs

Comments

el said…
nti nak pi cari jus ni
bolehlah join contest ni
manalah tahu rezeki kan
hadiah pun menarik sgt
Fara Lumière said…
Khasiat produk ni pon bgus.. alang² beli masuk sekali contest die..mana thu menang
Menarik hadiah. Good luck untuk yang join
Wawa Ashihara said…
wow..menarik gila hadiah dia...rm10k siapa tak nak kan???
Dunia Zumal said…
Wah bestnya kalau dapat hadiah ni ��
umifuzy said…
syok tuu..besar hadiah tu...nak join jugak la
Atikah Norbaki said…
senang sangat contest gini. Ber'wefie'je boleh menang. Harap dapat menang la... eem kena pergi cari jus tu dulu apa2 pon... kan? kang x valid plak nnt...
Fadzi Razak said…
Alah alah alah alah. Kite tak ada gambar wefie raya langsung tahun ni. Tapi tengok hadiah die bestnye
Nadia Johari said…
Kena cari ni..khasiatnya bagus..23 herba tu..lepas tu nak join peraduan dia..hehe
Yeop Maz said…
wauuu mak join ke.. hehe
Lin Liena said…
wow sangat hadiah dia...rugilah sape yg tak join tu
ummizarra said…
Jom join mak. Hehehhe mane tahu rezeki menang hadiah menarik.
Sayidah Napisah said…
grand prize dia mengancemmm! hahaa. mak join tak?
Cikla Shahril said…
Bapak mertuamertua cikla mmg pengguna setia Hiedayah gold ni..InshaAllah nnti bolehlah join
sitirohaida said…
wah..sempat lagi nak join ni
Ana Jingga said…
Jom kita wefie beramai2 mana tahu rezeki kan
atiehilmi.com said…
bestnye hadiah dia wakkkkkkkk.. serba slaah plak kalau tak join ni.. hee~ ibarat menolak rezeki haa..
Syafiera Yamin said…
Jom mak kita joinsesama hahah mana tahu ada rezeki extra this year
Syafiera Yamin said…
Mana tahu ada rezeki kita pula bila join ni gold bar tu omggg
Rafzan Tomomi said…
Mak join tak? Kalau Mak join, Momi pon nak join la hehe
Jueliza Jamani said…
mak boleh join ni.. wefie dgn hero2 mak tu kan.. hehehe meriah..
Eyzamiel said…
ramai yg ckp produk ni bagus.. nak gi cari la nnt
nia said…
Menarik hadiah tu, mesti ramai yg join kan.
Sue Izza said…
Mudah je contestnya,nak kena pinjam.botol jus abah ni hehehhe
iuzira said…
beruntung sapa yang menang, kena dapatkan juga ni jus hidayah . mana tau rezeki last minit. bagus ni kalau amalkan badan pun sihat

Nampak menarik hadiah dia, blhlah kak try joint
Achik Huda said…
tinggal 2 hari lagi sebelum tarikh tutup..jom masuk ramai2..
Yanie said…
Mak oooii wefie je boleh menang RM10k??
Zharif Azis said…
Mudah betul nak join. Wefie je boleh menang 20g gold bar. Sape nak bagi kan. Sempat lagi join nie. Nak join lah !
Sue Sopian said…
hadiahnya lumayan sgt! untung-untung boleh menang.. :)
wefie je kan.. senangnya lahai.. hihi