Dengan Airasia, Kita Terbang!
Kalau sebut pasal flight dan jugak bajet, dalam kepala mesti akan ingat AirAsia. Confirm punya. Diorang ni memang dah takperlu lagi nak introduce dalam scene penerbangan kat Malaysia ni, memang dah terkenal sebagai syarikat tambang murah terbesar dalam Malaysia. Dahlah murah, diorang suka betul buat promotion, kejap kejap ada promotion sampai tak terkejar. Tapi sebenarnya AirAsia ni dah lama bertapak kat Malaysia. Diorang ni start tahun 1993 dan tiga tahun kemudian pada tahun 1996 baru bukak dan start operasi. Asalnya konglomerat DRB-HICOM yang bukak syarikat ni, tapi tak berapa untung sangat. Beberapa tahun kemudian, pada tahun 2001, barulah Tony Fernandes beli AirAsia dengan harga satu ringgit sekali dengan hutang bernilai 40 juta ringgit. Tak masuk akal kan? Haa, tapi Tony Fernandes lagi bijak. Dalam masa setahun je, dia boleh buat AirAsia catat untung! Siap boleh launch route baru lagi dan potong Malaysia Airlines yang memang agak dominan la time tu. Memang beliau ada akal yang tersendiri, antara contohnya untuk boost jualan tiket, dia turunkan harga tiket kepada satu ringgit seorang! Luar biasa betul. Sesiapa yang dapat naik AirAsia awal-awal tu memang bertuah sungguhlah.
Kini, AirAsia berpangkalan di Kuala Lumpur dengan pejabat berdaftar di Petaling Jaya, dengan hab utamanya dekat klia2 yang baru dibukak yang juga merupakan lapangan terbang khas untuk penerbangan tambang murah. Dengan saiznya yang semakin besar, maka semakin banyak offer yang AirAsia boleh bagi. Bab local flight memang tak payah cakap, memang they got you covered. Ada banyak flight ke seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. Selaras dengan moto syarikat iaitu ‘Now Everyone Can Fly!’, memang AirAsia sudahpun berjaya membuat ramai rakyat Malaysia terbang ke luar dan dalam negara dengan harganya yang serius murah. Nak tahu berapa murah? Sampai diorang menang anugerah syarikat tambang murah SEMBILAN tahun berturut-turut! Gempak tak gempak beb.
Selain harga tiket, AirAsia ni ada banyak jugak manfaat lain. Kalau nak selesa sikit, nak bawak banyak barang sikit, diorang ada banyak pilihan untuk customize flight ikut suka korang, lagipun jadual penerbangan dia pun betul-betul frequent weh. Maknanya kalau banding dengan airline lain, AirAsia fly jauh lagi banyak. Kelebihan dia bagi pengguna ialah korang boleh plan betul-betul perjalanan korang. Lepastu sekarang kalau selalu naik flight dengan AirAsia atau ada beli barang dengan third-party merchant yang ada joint venture dengan AirAsia, korang boleh kumpul point dan mata ganjaran dekat kad loyalty BIG korang dan guna untuk claim flight bila point dah cukup. Kira memang berbaloilah fly dengan AirAsia ni.
Pada mulanya AirAsia cuma guna pesawat jenis Boeing 737-300, namun lepas beberapa tahun beroperasi dengan keuntungan, satu memorandum persefahaman telah ditandatangani dengan syarikat pembuat kapal terbang Airbus untuk menaik taraf semua pesawatnya kepada jenis Airbus A320-200 yang mampu menampung lebih ramai penumpang. Jadi dengan upgrade ni, diorang boleh bawak lagi ramai orang pada satu kali trip. Deal asalnya nak ambil 200 buah pesawat, ini sahaja dah buatkan AirAsia menjadi pelanggan terbesar Airbus. Kemudian diorang tambah lagi 100 buah pesawat yang lebih besar untuk lapangan terbang yang lebih besar dan jauh. Bila tengok komitmen diorang untuk terus upgrade flight service dan bagi lagi banyak kepada customer, mesti rasa lagi rasa best nak terbang dengan AirAsia kan? Apa lagi, korang segera terjah website dan app AirAsia untuk check apa offer terkini dan seterusnya proceed untuk buat AirAsia malaysia booking untuk segala keperluan penerbangan domestik korang!

Comments