Cahaya Raya Bersama Shopee | Menangi Rumah Impian Anda dan Hadiah Bernilai Lebih RM1.5 Juta
Menangi Rumah Impian Anda dan Hadiah Bernilai Lebih RM1.5 Juta Sepanjang Kempen Cahaya Raya Shopee
Kaji Selidik Cahaya Raya Berkongsi Tentang Tabiat Membeli-belah Rakyat Malaysia
KUALA LUMPUR, 20 APRIL 2018 - Shopee, platform e-dagang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan akan melancarkan Kempen Cahaya Raya yang menawarkan pelbagai hadiah bernilai lebih RM1.5 juta termasuk sebuah Rumah Impian bernilai RM350,000, sebuah Honda HRV bernilai RM100,000 dan sebuah Volkswagen Polo bernilai RM80,000 untuk pemenang bertuah permainan dalam aplikasi Ketupat Raya, satu usahasama dengan Visa. Kempen yang akan berlangsung dari 3 Mei hingga 17 Jun akan membariskan pelbagai tawaran eksklusif ke atas lebih 100,000 produk dengan potongan harga sehingga 90%. Sebelum pelancaran Kempen Cahaya Raya ini, Shopee telah menjalankan satu kaji selidik pra-Raya dari 2 hingga 9 April untuk mendalami tabiat membeli-belah rakyat Malaysia dalam membuat persiapan sempena musim Hari Raya. Hampir 140,000 orang pengguna dari seluruh Malaysia telah mengambil bahagian dalam kaji selidik tersebut. Berikut merupakan antara maklumat menarik hasil daripada kaji selidik tersebut:
“Kami merancang Kempen Cahaya Raya kami berdasarkan hasil kaji selidik tersebut. Pengguna Shopee pasti ternanti-nanti akan lebih 100,000 produk yang ditawarkan dengan potongan harga sehingga 90% dari pelbagai kategori seperi Fesyen, Kesihatan & Kecantikan, Perhiasan Rumah & Ruang Tamu dan banyak lagi. Bersesuaian dengan konsep balik kampung sempena Hari Raya untuk sambutan bersama keluarga dan insan tersayang, kami ingin menghadiahkan sebuah Rumah Impian dan dua buah kereta sebagai kejutan sempena kempen ini. Kami berharap, kejutan ini ibarat sebuah
impian menjadi kenyataan bagi pemenang bertuah kami,” kata Ian Ho, Pengarah Urusan Serantau Shopee.
“Sejajar dengan perkembangan teknologi yang diintegrasikan dalam gaya hidup rakyat Malaysia, mereka mula mengubah tabiat membeli-belah dari luar talian ke dalam talian. Berdasarkan pada data VisaNet, perbelanjaan menerusi e-dagang dalam kalangan pengguna telah meningkat sebanyak dua kali ganda berbanding transaksi secara bersemuka. Sepanjang musim perayaan ini, kami berpegang teguh pada usahasama kukuh dengan jenama seperti Shopee untuk memberi lebih manfaat kepada rakyat Malaysia dan kami komited untuk mengembangkan industri bayaran secara elektronik
di Malaysia,” kata Ng Kong Boon, Ketua Pasaran Malaysia Visa.
Shopee turut bekerjasama dengan jenama terkemuka seperti Nestle, XES Shoes, honor Malaysia, Maybelline, Watsons, ASUS, Petpet, Universal Traveller, Russell Taylors, Dettol dan banyak lagi untuk menawarkan pelbagai jualan hebat sepanjang waktu kemuncak Kempen Cahaya Raya dari 3 hingga 6 Mei dan dari 24 hingga 27 Mei. Sepanjang kempen ini, pengguna Shopee juga berpeluang untuk memenangi pelbagai hadiah menarik seperti Syiling Shopee, baucar, televisyen, seterika mudah alih, pengering rambut dan lain-lain yang bakal memeriahkan lagi sambutan Raya kali ini. Pada masa yang sama, pengguna juga boleh menikmati tawaran dan promosi hebat tanpa had dari semua kategori yang membariskan lebih 60 jenama terkenal termasuk Fesyen & Aksesori Wanita dan Lelaki, Kesihatan & Kecantikan, dan jualan kilat Shocking Sale akan dilancarkan 5 kali sehari.
Untuk maklumat lanjut, layari www.shopee.com.my. Bermula 19 April, anda boleh meninjau sendiri antara koleksi daripada Kempen Cahaya Raya akan datang, layari:https://shopee.com.my/m/shopee-cahaya- raya Muat turun aplikasi Shopee secara PERCUMA menerusi App Store dan Google Play.
Comments