PROGRAM CSR BAITI-JANNATI @ WILAYAH PERSEKUTUAN
Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Asnaf di bandar atau Miskin Bandar, istilahnya kelihatan janggal, namun itulah realiti sebahagian besar penduduk PPR di ibu kota, Kuala Lumpur. Walaubagaimanapun, terima kasih kepada para penaja, Program Baiti Jannati @ Wilayah Persekutuan yang telah memberikan impak yang sangat besar kepada penerimanya sejak ianya dilancarkan.
Dilaksanakan dengan pendekatan strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) sejak 2016, Program CSR Baiti Jannati @ Wilayah Persekutuan merupakan inisiatif tanggungjawab sosial hasil kerjasama Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Yayasan Wilayah Persekutuan, syarikat-syarikat swasta dan badan bukan kerajaan (NGO). Program bermakna "rumahku syurgaku" ini bertujuan memberi harapan, semangat di kalangan ahli keluarga, serta menyediakan rumah yang selamat dan selesa menjadi satu asas pembangunan serta keharmonian keluarga.
PROGRAM BAITI-JANNATI @ WILAYAH PERSEKUTUAN MEMBANTU RAKYAT MISKIN DAN MEMERLUKAN
Secara amnya, para penerima dipilih berdasarkan kriteria miskin bandar iaitu orang kurang upaya, berpenyakit kronik, bapa /ibu dengan tanggungan anak ramai serta golongan susah yang tidak mampu membayar sewa. Kediaman tersebut siap diubah suai dan dibaik pulih serta dilengkapi perabot (set sofa, meja makan, almari pakaian, tilam, kabinet dapur) dan barangan elektronik seperti peti sejuk, mesin basuh serta TV.
Syarat-syarat Penerima Baiti Jannati @ Wilayah Persekutuan
Sebagai asas pemilihan, calon hendaklah memenuhi syarat-syarat berikut:
PERLAKSANAAN BAITI JANNATI @ WILAYAH PERSEKUTUAN
Perlaksanan utama Baiti Jannati @ Wilayah Persekutuan adalah membaik pulih serta menaiktaraf infrastruktur rumah-rumah asnaf untuk memberikan suasana yang lebih kondusif kepada keluarga tersebut. Setiap rumah berkenaan dibaik pulih semula termasuklah aspek pendawaian elektrik, penggantian kipas dan lampu di setiap bilik dan ruang tamu, mengecat keseluruhan rumah dan pemasangan laminated floor. Perabot-perabot asas yang baru seperti sofa, tilam, katil, meja makan dan kabinet dapur serta barangan elektrik seperti telivisyen, mesin basuh dan peti ais turut dilengkapkan. Anggaran kos purata bagi menjayakan program ini yang merangkumi kos rumah, kos baik pulih dan barangan elektrik adalah di antara RM65000 – RM70000 seunit.
Program ini telah dimulakan pada tahun 2016 dengan kerjasama pihak TNB dan DBKL kepada 23 penerima yang beragama Islam sahaja kerana wang yang digunakan adalah dari wang zakat TNB. Kementerian Wilayah Persekutuan telah memperluaskan program ini agar dapat diberi kepada kaum-kaum yang bukan beragama Islam juga. Selepas itu adalah pada 15 Oktober 2017 kepada 10 keluarga komuniti India sebagai hadiah sempena menyambut Hari Deepavali yang lalu. Kementerian telah mensasarkan sebanyak 200 unit dapat diserahkan kepada penerima sepanjang tahun 2017. Sehingga hari ini, Kementerian telah menyerahkan 34 buah rumah kepada penerima yang layak. Pada
9 November 2017, sejumlah 12 unit rumah lagi akan dikurniakan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku Sultan Muhammad V kepada peserta terpilih.
Program Baiti Jannati @ Wilayah Persekutuan juga telah diperluaskan ke Wilayah Persekutuan Labuan bersempena Sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2018 baru-baru ini. 10 keluarga di Wilayah Persekutuan Labuan telah menerima sumbangan bernilai RM15,000.00 bagi setiap keluarga untuk kerja-kerja baik pulih dan pembelian kelengkapan asas rumah. Pada hari ini, tambahan 56 lagi keluarga akan menerima unit rumah Baiti Jannati@Wilayah Persekutuan. Daripada jumlah tersebut, 8 daripadanya adalah terdiri daripada masyarakat cina.Diharapkan sumbangan ini sedikit sebanyak dapat menceriakan mereka yang masih lagi merasaikan kemeriahan sambutan Tahun Baru Cina. Sehingga kini, 113 unit kediaman telah diserahkan di bawah program Baiti Jannati @Wilayah Persekutuan ini.
RAKAN KERJASAMA STRATEGIK PROGRAM BAITI JANNATI @ WILAYAH PERSEKUTUAN
Perlaksanaan Baiti Jannati @ Wilayah Persekutuan setakat ini imendapat sokongan dari rakan kerjasama strategik yang telah memberi sumbangan dalam bentuk kewangan atau barangan. Antara rakan kerja strategik Baiti Jannati @ Wilayah Persekutuan ialah:
Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Badan Amal Kasih Ibu Wilayah Persekutuan, Yayasan Wilayah Persekutuan, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), dan Unit Perancang Ekonomi (EPU).
Selain itu, organisasi korporat yang turut menyumbang di dalam program ini adalah:
Tenaga Nasional Berhad (TNB), CELCOM, JL99 Group, Mah Sing Group, Aset Kayamas, Maju Holding Sdn. Bhd., Ekovest Group, Malton Berhad, Pavillion Kuala Lumpur,Maxim Sdn. Bhd, WCT Berhad dan Yayasan Al-Mansooriah serta Yayasan Albukhary.
Program Baiti Jannati @ Wilayah Persekutuan dapat dilihat sebagai satu penyelesaian dalam membantu dan menangani kemiskinan bandar di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kita tidak mahu golongan ini terpinggir dalam arus deras pembangunan dan pemodenan bandar. Saya harap usaha murni ini dapat diteruskan dan lebih banyak syarikat akan tampil untuk bekerjasama dengan pihak kementerian menerusi program ini yang dapat memberi kehidupan yang lebih selesa kepada golongan yang memerlukan.
Dilaksanakan dengan pendekatan strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) sejak 2016, Program CSR Baiti Jannati @ Wilayah Persekutuan merupakan inisiatif tanggungjawab sosial hasil kerjasama Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Yayasan Wilayah Persekutuan, syarikat-syarikat swasta dan badan bukan kerajaan (NGO). Program bermakna "rumahku syurgaku" ini bertujuan memberi harapan, semangat di kalangan ahli keluarga, serta menyediakan rumah yang selamat dan selesa menjadi satu asas pembangunan serta keharmonian keluarga.
PROGRAM BAITI-JANNATI @ WILAYAH PERSEKUTUAN MEMBANTU RAKYAT MISKIN DAN MEMERLUKAN
Secara amnya, para penerima dipilih berdasarkan kriteria miskin bandar iaitu orang kurang upaya, berpenyakit kronik, bapa /ibu dengan tanggungan anak ramai serta golongan susah yang tidak mampu membayar sewa. Kediaman tersebut siap diubah suai dan dibaik pulih serta dilengkapi perabot (set sofa, meja makan, almari pakaian, tilam, kabinet dapur) dan barangan elektronik seperti peti sejuk, mesin basuh serta TV.
Syarat-syarat Penerima Baiti Jannati @ Wilayah Persekutuan
Sebagai asas pemilihan, calon hendaklah memenuhi syarat-syarat berikut:
- Beragama Islam.
- Warganegara Malaysia.
- Bermastautin di Wilayah Persekutuan sekurang-kurangnya 5 tahun dan masih menetap di Wilayah Persekutuan.
- Tidak disabitkan dengan kesalahan jenayah, penagihan dadah, gila dan sebagainya.
- Tidak mempunyai rumah atau tanah di Wilayah Persekutuan.
- Diberi keutamaan kepada warga emas, OKU, ibu/bapa tunggal dan penghidap penyakit kronik.
Pemilihan dan Saringan
Keutamaan peserta Baiti Jannati @ Wilayah Persekutuan terdiri daripada penyewa-penyewa rumah PPR MTEN dan PA DBKL mengikut pendapatan isi rumah per kapita seperti berikut:- Pemilihan Penerima dilaksanakan melalui bancian secara telus dengan melibatkan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)
- Bagi golongan asnaf, pemilihan penerima dilaksanakan melalui bancian dengan melibatkan kerjasama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)
- Syarat-syarat dan Moratorium dikenakan kepada penerima bagi mengelakkan penerima menjual rumah yang diterima.
- Perjanjian jual beli dan pindahan hak milik diantara DBKL dan individu penama disediakan.
PERLAKSANAAN BAITI JANNATI @ WILAYAH PERSEKUTUAN
Perlaksanan utama Baiti Jannati @ Wilayah Persekutuan adalah membaik pulih serta menaiktaraf infrastruktur rumah-rumah asnaf untuk memberikan suasana yang lebih kondusif kepada keluarga tersebut. Setiap rumah berkenaan dibaik pulih semula termasuklah aspek pendawaian elektrik, penggantian kipas dan lampu di setiap bilik dan ruang tamu, mengecat keseluruhan rumah dan pemasangan laminated floor. Perabot-perabot asas yang baru seperti sofa, tilam, katil, meja makan dan kabinet dapur serta barangan elektrik seperti telivisyen, mesin basuh dan peti ais turut dilengkapkan. Anggaran kos purata bagi menjayakan program ini yang merangkumi kos rumah, kos baik pulih dan barangan elektrik adalah di antara RM65000 – RM70000 seunit.
Program ini telah dimulakan pada tahun 2016 dengan kerjasama pihak TNB dan DBKL kepada 23 penerima yang beragama Islam sahaja kerana wang yang digunakan adalah dari wang zakat TNB. Kementerian Wilayah Persekutuan telah memperluaskan program ini agar dapat diberi kepada kaum-kaum yang bukan beragama Islam juga. Selepas itu adalah pada 15 Oktober 2017 kepada 10 keluarga komuniti India sebagai hadiah sempena menyambut Hari Deepavali yang lalu. Kementerian telah mensasarkan sebanyak 200 unit dapat diserahkan kepada penerima sepanjang tahun 2017. Sehingga hari ini, Kementerian telah menyerahkan 34 buah rumah kepada penerima yang layak. Pada
9 November 2017, sejumlah 12 unit rumah lagi akan dikurniakan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku Sultan Muhammad V kepada peserta terpilih.
Sultan Muhammad V menyerahkan kunci kepada 12 penerima bantuan PPR dan PA di perumahan Desa Rejang pada 9 Nov 2017
Program Baiti Jannati @ Wilayah Persekutuan juga telah diperluaskan ke Wilayah Persekutuan Labuan bersempena Sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2018 baru-baru ini. 10 keluarga di Wilayah Persekutuan Labuan telah menerima sumbangan bernilai RM15,000.00 bagi setiap keluarga untuk kerja-kerja baik pulih dan pembelian kelengkapan asas rumah. Pada hari ini, tambahan 56 lagi keluarga akan menerima unit rumah Baiti Jannati@Wilayah Persekutuan. Daripada jumlah tersebut, 8 daripadanya adalah terdiri daripada masyarakat cina.Diharapkan sumbangan ini sedikit sebanyak dapat menceriakan mereka yang masih lagi merasaikan kemeriahan sambutan Tahun Baru Cina. Sehingga kini, 113 unit kediaman telah diserahkan di bawah program Baiti Jannati @Wilayah Persekutuan ini.
Tengku Adnan dan isteri, Datin Seri Anggraini Sentiyaki, menyampaikan khabar gembira tajaan baikpulih rumah berjumlah RM15,000 kepada salah sebuah keluarga yang menerima bantuan.
Perlaksanaan Baiti Jannati @ Wilayah Persekutuan setakat ini imendapat sokongan dari rakan kerjasama strategik yang telah memberi sumbangan dalam bentuk kewangan atau barangan. Antara rakan kerja strategik Baiti Jannati @ Wilayah Persekutuan ialah:
Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Badan Amal Kasih Ibu Wilayah Persekutuan, Yayasan Wilayah Persekutuan, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), dan Unit Perancang Ekonomi (EPU).
Selain itu, organisasi korporat yang turut menyumbang di dalam program ini adalah:
Tenaga Nasional Berhad (TNB), CELCOM, JL99 Group, Mah Sing Group, Aset Kayamas, Maju Holding Sdn. Bhd., Ekovest Group, Malton Berhad, Pavillion Kuala Lumpur,Maxim Sdn. Bhd, WCT Berhad dan Yayasan Al-Mansooriah serta Yayasan Albukhary.
Comments
dijalankan..