Masalah dan Solusi Broken Link
Mak ada tons of Broken Link last time. Mak dah slow-slow buang and currently blog mak dah "bersih" sikit. FYI; Broken Link ni adalah mana-mana link dalam blog kita yang dah tak ada. Kalau klik link tu, it leads to PAGE NOT FOUND atau 404 NOT FOUND. So here it is, Mak explain bout this culprit link seringkas mungkin ;)
KENAPA BLOG KITA ADA BROKEN LINK?
Seperti yang Mak jelaskan, broken link ialah link yang dah literally mati dan tak valid. Jadi, punca ianya berlaku ialah:
✓ URL yang dituju sudah berubah atau telah diganti.
✓ URL yang dituju sudah dihapus.
✓ Mempengaruhi Pagerank dan Pengindeksan blog through SEARCH ENGINE.
✓ Menurunkan kualiti SEO blog.
✓ Jika terlalu banyak broken link, dikhuatiri blog kita dianggap SPAM oleh SEARCH ENGINE.
✓ Impak negatif pada pengunjung, (klik-klik tak ada info, pfft~)
CARA MENGESAN BROKEN LINK
Ada beberapa cara untuk untuk mengesan broken link dalam blog and Mak nak share cara paling mudah. Caranya:
✓ Pergi ke laman sesawang Online Broken Link Checker. Masukkan alamat blog anda dan klik "Find Broken Links"
✓ It tooks time, to scan all the link. Jadi kena tunggu sekejap sampailah siap ;)
✓ It tooks time, to scan all the link. Jadi kena tunggu sekejap sampailah siap ;)
SOLUSI BROKEN LINK: BAGAIMANA NAK DELETE BROKEN LINK?
Senang je nak buang sebenarnya. Yang buat susah tu sebab kalau tak pernah "buang", berjela panjang linknya. First time Mak buat scan punyalah banyak sampai ribu-ribu. Jenuh juga mak delete satu-satu. Jadi ini cara nak buang broken link dengan mudah.
✓ Bila dah siap scan, akan keluar list macam atas ni.
✓ Contoh nak buang broken link No. 2 tu : https://www.instagram.com/ciksuzlin (Please note that Mak dah tukar URL Instagram Mak, sebab tu link tu dah tak valid or broken)
✓ Copy broken link bulat-bulat then klik url under tab Page where found tu. (url tu menunjukkan lokasi di mana broken link anda berada)
✓ Bila page dah keluar, right click mouse dekat mana-mana and klik inspect. Tekan Ctrl + F and Ctrl + V > Enter
✓ Dia akan highlightkan mana lokasi link dekat page tu; samaada dekat entri, dekat komen, dekat sidebar. (Boleh klik pic dekat bawah untuk lebih jelas)
✓ Macam yang Mak punya ni dekat entri. Jadi Mak edit semula entry tu, masukkan link Instgram baru. Kalau memang link tu definitely tak ada, edit entry dan remove je link tu. Kalau ada broken link dekat komen, awak delete forever komen tu. Senang kan?
OK that's all. Jangan lupa check selalu ya broken link ni. Kalau awak still pening lagi, boleh ajukan soalan dekat socmed Mak, link ada dekat sidebar ;) Till then, Salam.
Comments
first time dulu buat, Ya Allah, giler jenuh nak cek and delete mana patut. hadoi lah...