Sotong Goreng Tepung Bestari

Sotong Goreng Tepung bestari
Hari ni tempat mak mengalami gangguan bekalan air sampai pukul 2 pagi. Based on notice, katanya nak pasang paip baru. Pengsan lah gini dengan baldi air cuma ada dua nak cater "keperluan" budak-budak ni. Mak redha. Kalau terdesak sangat nanti kita check in hotel jelah. HAHA.

OK, enough with kisah rumah mak tak ada air. Mak nak share pasal Tepung Goreng Ayam Rangup Serbaguna Cap Bestari yang viral since tahun lepas tu.
Tepung goreng cap bestari
Inilah Tepung Cap Bestari. Mak beli packaging kecil 150gm dalam kotak. Harga dalam RM2.++ dekat Tesco. Kalau packaging besar dia bubuh dalam plastik. Ada dua variasi; asli dan pedas. Memang mudah tak perlu bubuh telur or else and breading dia cantik je, melekat, rangup je. Selalunya mak guna untuk buat ayam goreng or chicken popcorn. Anak-anak mak memang suka, cuma pendapat tekak mak, rasa dia biasa je macam tepung lain sebab ikutkan mak lagi suka ayam goreng gaul kunyit garam.

Kisahnya last week, ternampak pula one of my blogger friend kita share buat sotong goreng pakai tepung ni. Bergelodak perut mak. Belum pernah try lagi sotong. Nampak macam sedap je. Jadi mak pun buatlah bila berkesempatan.

Bahan-bahan:
5 ekor sotong - dibersihkan dan dipotong
Sekotak Tepung Bestari 150gm

Cara-caranya:
1. Keringkan sotong dengan kertas tisu, pedap-pedapkan untuk buang lebihan air.
2. Taburkan tepung diatas sotong, gaul dan perapkan selama 30 minit. Renjis-renjis air sedikit bagi tepung melekat dekat sotong kalau sotong kering sangat.
3. Selepas perap, salutkan sotong dengan tepung semula. Gaul-gaulkan sehingga fully coated.
4. Gorengkan sehingga kuning keemasan. Jangan digoreng terlampau lama. Sotong nanti jadi liat.
5. Sedia dihidangkan.

Menangis juga tengok harga sotong paling murah sekilo RM27. Mak beli 5 ekor kecil je cukup-cukup RM10. Jadilah sepinggan besar, sekali hadap. Iman paling suka. Suka mak tengok, berselera anak-anak makan. Alhamdulillah.

P/S: Korang makan tentacles sotong? Mak tak pernah seumur hidup, makan badan je. Sebab teringat mata dia terus letak tepi. KAHKAHKAH.

Comments

maszull said…
assalamualaikum lin...wah !! sedapnya lin...mama pun buat juga ari tu sotong goreng tepung ni...mmg cukup sepinggan jer...skg harga sotong mmg mahal betul..lin kepala sotong tulah yg sedapnya...kalau takut dgn matanya masa siang sotong buangkn...mama pun buat mcm tu siang sotong mesti buangkan matanya...jadi bila mkn mata sotong dah x ada...
** Mama Maszull

Dilah said…
sotong goreng tepung mmg fav. tp tak penah lagi try guna tepung crispy bestari ni.. next time boleh try.. hehe
Lin Liena said…
aduh sedapnya....memang betul,ngeri tengok harga sotong...beli sikit2 je buat rencah2 orang kata...hihi
Mak Lin said…
Rasa dia sama ke ma? Ke lagi chewy? Next time kita potong mata dia. Yang sebenarnya tengok mata dia masa siang pun kita risau. Huhu.
Mak Lin said…
Kalau makan dekat kedai tempat Lin (most of it kedai makan Thailand/Kelantan), dia goreng macam jejemput pun ada.
Mak Lin said…
Memang ngeri wak. Sekali sekala boleh la.
Mar Mansor said…
memang sedap..selalu buat dan ratah lebih banyak dari buat lauk
Mak Lin said…
betul tu. tempat Kak Mar ada air tak? *tetiba*