Resepi Mee Sizzling Paling Sedap dan Mudah

resepi mee sizzling mudah dan sedap
Mee Sizzling memang jadi kegemaran kami sekeluarga. Senang, mudah ringkas dan seimbang. Masak je kuah and bila-bila boleh masak dan makan. Anak-anak pun asyik mengulang je. Alhamdulillah.

Bahan-bahan:
2 gulung yee mi (Lin guna broad noodle)
300gm ayam - dipotong kecil
4 biji cendawan shitake - direndam air panas sehingga kembang dan hiris
1/2 batang lobak merah - dihiris
4 helai kobis - dihiris
5 tangkai cili kering - dipotong 1 inci
1 inci halia - diketuk
3 ulas bawang putih - dicincang
3 sudu kicap pekat (Lin guna kicap manis ABC)
2 sudu makan sos tiram
1 cawan air
2 biji telur
1 sudu makan tepung jagung - dibancugh dengan sedikit air
1 sudu makan serbuk lada hitam
Garam, sekiranya perlu (Lin tak letak)

Cara-caranya:
1. Panaskan minyak dan tumiskan cili kering, halia dan bawang putih sehingga naik bau.
2. Masukkan ayam, serbuk lada hitam, kicap pekat, sos tiram, cendawan, lobak merah dan air.
3. Tutup dan masak selama 5 minit.
4. Masukkan bancuhan tepung jagung dan garam (jika perlu) dan biar pekat.
5. Untuk memasak mi, tuangkan kuah ke atas mi, pecah telur dan  taburkan hirisan kobis.
6. Sedia dihidangkan bersama hirisan limau dan cili jeruk* atau cili dengan kicap cair

(*Cili jeruk ringkas: Potong cili besar dan tuangkan cuka. Biarkan 1-2 jam)

Senangkan? Bahan nampak macam banyak, tapi semua biasa-biasa je. Atas ni untuk makan 2 orang, kalau orang ramai, doublekan je semua bahan. Boleh makan siang malam. Selamat mencuba!

Comments

Keyk Hu said…
senang je nak masak ni rupanya hehehe. one of my fav foods!
arzmoha said…
adakah mee sizzling dan mak suzlin ni ada kena mengena hehehe


singgah sini baca resipi ni
Miza Talib said…
Tq mak senang rupanya nak buat mee sizzling selalu makan kat foodcourt jew hehe
Mak Lin said…
Ya. 15 minit boleh siap. Jangan lupa try tau.
Mak Lin said…
Hah yelah. Mak la yg create mee sizzling ni 😂
Mak Lin said…
Ya. Memang senang. Jangan luoa try tau.
Aima Hassan said…
Nak.cuba juga lah mak. Nampak tak susah