Resepi Ayam Panggang Kecap/Kicap Indonesia

Resepi Ayam Panggang Kecap/Kicap Indonesia
Mak lin sekeluarga suka nasi padang. Pelbagai hidangan lauk-pauk sampai rambang mata nak makan yang mana. Paling disukai anak-anak, ayam panggang kecap pedas dan manis. Jadi bila Mak lin masak dirumah, rasanya boleh tahan. Berebut-rebut anak makan. Seekor ayam sekali makan.

Resepi Ayam Panggang Kecap Manis Stail Indonesia

Berikut resepi Mak Lin, Mak Lin guna kicap  manis pekat ABC. Memang sedap.
Bahan-bahan:
1 ekor ayam (potong 6)
6 sdt kicap manis
1 sdt gula
1 sdt garam
650ml air
1 sdt air asam jawa
Bahan-bahan Kisar:
2 biji cili padi *boleh lebihkan jika suka pedas
8 ulas bawang kecil
4 ulas bawang putih
1 sdt biji lada putih
3 biji buah keras *dibakar
1/2 sdt garam
3 sdb butter
Cara Memasak:
1. Perap ayam dengan air asam jawa serta garam.
2. Cairkan butter dalam pan dan tumiskan rempah kisar tadi sehingga wangi.
3. Apabila tumisan sudah kering dan wangi, campurkan kesemua air tadi dan tambahkan kicap manis, gula dan garam.
4. Renih ayam dengan api kecil sehingga ayam masak. Sos jangan dibuang dan biarkan memekat.
5. Setelah itu, keluarkan ayam dan bakar di dalam oven 180°C selama 8-10 minit. Lumurkan sos ketika membakar.
6. Hidangkan bersama nasi panas, sambal dan ulaman.
Resepi ini sebenarnya agak mudah. Kalau tiada oven, boleh bakar dalam pan/pemanggang dll.
Selamat mencuba!

Comments

sitirohaida said…
please hantar rumah sikit
Anonymous said…
Wah..nice sharing..nmpak mnarik resepi ni
Dilah said…
sedapnya makkk.. sekor ayam tu habis 1 family ke?
zuhaira nasrin said…
bookmark duluu.. terliur nak buat. thank you share resepi ni. heee
Mak Lin said…
tak sempat hantar dah habis 😂
Mak Lin said…
ye bu, sekali hadap je 😂
Mak Lin said…
nanti dah try share outcome dengan mak ok 😘
Suria Amanda said…
Meh dtg umah akak tolong masakkan...
Mak Lin said…
Ala~ baru nak makan akak masak 😂