Restoran Pak Eh, Pasir Gudang, Johor

A plate of Nasi Goreng Sate with extra sate sticks
Last time masa mak kerja area Bukit Dahlia, hari-hari mak lunch sini. Yeah bebeh, you heard me rite – SETIAP HARI, Nasi Goreng Sate Daging Extra Sate – 1! sebab terlampau SEDAP. Kedai makan ni sebenarnya popular dengan gear box nya. Tapi, mak not a fan. So mak makanlah nasi goreng sate.
TAHUKAH ANDA? Jika anda bungkus nasi goreng sate Pak Eh pada waktu petang then letak dalam fridge untuk makan pagi keesokkan harinya, anda akan dapati bahawa ada lemak-lemak beku keliling nasi sebanyak-banyaknya macam lemak beku on the surface of soup ayam yang korang selalu buat tu. Tapi bila panaskan semula, hilanglah lemak-lemak tu sebati dengan nasi goreng.

So high cholesterol! TAPI TU LA YANG SEDAP. Kan? *sambil pandang lemak tepu di perut yang terhasil* You can choose either you want nasi goreng TAK PEDAS, MILD OR EXTRA PEDAS berapi bak hang. Mak dah try pedas, berpeluh macam makan Mee Samyang.
Harga bagi mak berpatutan, big portion boleh kongsi 2-3 orang. Jadi apa lagi? Moh kita menternak lemak-lemak manja di:

Restoran Pak Eh 
Lokasi: 8, Jalan Serangkai 13, Taman Bukit Dahlia, 8170 Pasir Gudang, Johor [Google Map]

Till then, and Salam ;)

Comments

sitirohaida said…
wah...macam sedap bunyinya tu mak,akak tak pernah lagi try kat situ...
~ Kisahsidairy~
Hernee Nazir said…
babah ilhams ni duk craving nasi goreng gearbox..dah blh la terjah sini..

- Hernee Nazir -

Mar Mansor said…
haikk...selalu je saya buat nasi goreng sate bila sate tak habis..eheheh..memang sedap..
next time leh try kat kedai ni
JanjiKita