MAHA 2016 : PERTANIAN SEBAGAI PENYUMBANG EKONOMI NEGARA

MAHA 2016
Seperti yang kita sedia maklum, MAHA 2016 telah berlansung dari 1-11 Disember yang lepas bertempat d iTaman Pameran Pertanian Malaysia (MAEPS), Serdang. Pelbagai daripada pameran serta aktiviti yang disediakan bagi pengunjung yang datang. Walaupun cuaca kini yang tidak menentu, tidak menghalang keterujaan pengunjung membanjiri Pameran Antarabangsa Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) kali ini.
MAHA 2016
Bertemakan "Our Food Our Future" (Makanan Kita Masa Depan Kita), objektif MAHA kali ini adalah untuk menyediakan platform bagi usahawan/syarikat korporat dalam dan luar negara yang berteraskan pertanian bagi mempamerkan teknologi serta perkembangan terbaru dalam bidang agro-makanan di Malaysia.

SEKITAR MAHA 2016
MAHA 2016
MAHA 2016
MAHA 2016
MAHA 2016
Sambutan yang meriah dapat dirasai sepanjang hari pameran. Lihat saja di timeline Facebook awak semua ketika hari pameran, ada saja yang perkara menarik dikongsikan. Dia punya seronok bukan sahajapenduduk Selangor, malahan penduduk dari luar Selangor juga tidak melepaskan peluang hadir ke MAHA 2016. Untuk yang tidak berkesempatan, usah risau, tahun depan ada lagi.
FAKTA NOMBOR
  • 3.8 juta pengunjung direkodkan hadir pada tahun ini
  • 40% penglibatan Belia
  • Hasil Jualan RM380 juta sepanjang 11 hari pameran
Tahniah pada pihak penganjur; Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani dan agensi-agensi yang terlibat dengan kejayaan MAHA 2016 kali ini.

Mak teruja nak tunggu MAHA tahun depan. Mesti lebih banyak kemajuan dan pengetahuan yang kita boleh dapat nanti. Untuk maklumat lanjut, boleh kunjungi laman sesawang MAHA di www.maha.gov.my dan Facebook Rasmi MAHA: Malaysia Agriculture, Horticulture & Agrotourism.

Comments

Pha Is said…
ramai cakap meriah sampai jem teruk.. hehehe
nice share.
sitirohaida said…
husband akak nak saangat pi maha ni tapi jauh beno..
Hasrul Hassan said…
Bila la MAHA ni nak buat area utara ni... nak gak la pegi, nak tgk lembu Sado. :P
NEEZA said…
akak pun pergi eh? hari ke berapa?

www.neezalife.com