WORK: 2nd week!

From left [back] Mr. Tan, Rahman, Faiz and Shahera
From left [front] Kak Su, Me and Atikah
     My 7 yo brother asked me, microbiologist tu kerja apa? To make him understand, I give him simple and short answer: Kaklong bela kuman. Then a day after that I hear him talking with our neighbours, "Kaklong kita dulu farmasi, tapi sekarang dia kerja bela kuman pula. Dia tak kerja dekat hospital dah. Pelik,"
     OK, fine. Memang ramai orang tanya, kenapa tak kerja dekat hospital. I can give you long answer for that. Even kerja dekat hospital, gaji lebih tinggi kebabom bastik, tapi Lin kena kerja shift . Malam-malam siapa nak jaga Adam, right? As a mom yang bertanggungjawab and mithali of course la I have to find a job yang tak ada shift blablabla.
     OK, dah melalut. Berbalik pada tajuk entri. This week will be the 2nd week Lin kerja. Last Friday Atikah dah resign. So, tinggal me and Kak Su. End of this month Kak Su pulak due, nanti tinggal lah Lin sorang selama dua bulan buat Microbe sorang-sorang. Sunyi. Abang Faiz pun dah nak pindah IFFCO. Dah tak ada orang nak borak-borak. 
     About Adam? Dia sangat OK! Routine macam biasa, Lin pump susu then stock up. Setakat ni stok OK even kais pagi makan pagi, kais petang makan petang and Adam tak pernah kekurangan susu lagi setakat ni. Lin still balik untuk susukan Adam waktu lunch, as rumah pun dekat and rehat lunch pun lama. Tak terkejar-kejar. Alhamdulillah, dapat kerja yang dekat dengan rumah :) Kerja tu penting, tapi as a woman, family pun penting juga.

Comments