Tarikh Terima BR1M 3.0 dan Rayuan Permohonan

Kerajaan Malaysia telah pun mengumumkan bahawa BR1M 3.0 atau Bantuan Rakyat 1 Malaysia 3.0 2014 akan dibayar mulai 22 Februari sehingga 15 Mac 2014. Pembayaran akan dilakukan terus ke akaun bank penerima masing-masing seperti yang telah dikemaskinikan dalam e-BR1M 3.0 bahagian akaun bank. Untuk perincian lebih, sila baca entri saya ini dari awal sampai akhir.

Kepada mereka yang telah kemaskini info diri terbaru dan buat mereka yang merupakan pertama kali memohon bantuan ini, bolehlah cuba menyemak sepertimana yang telah saya paparkan di sini - Semak Keputusan Terima BR1M 3.0. Cara semakan hanya boleh dilakukan menerusi kaedah yang telah saya kongsikan tersebut, iaitu menerusi talian telefon dan juga email khas yang telah disediakan.

Semakan Terus menerusi Pejabat LHDN

Namun begitu, untuk lebih memudahkan, anda dinasihatkan untuk membuat semakan secara terus di pejabat-pejabat LHDN berdekatan. Walaubagaimanapun, mereka yang layak dan telah layak akan mendapat notis pemberitahuan daripada LHDN memaklumkan mengenai permohonan BR1M 3.0.

Bagi mereka yang tidak berkesempatan mengemaskini maklumat akaun bank atau tiada maklumat tersebut, pembayaran akan diagihkan terus kepada penerima dalam bentuk baucer yang perlu ditebus menerusi bank tertentu.

Tarikh Terima BR1M 3.0 dan Rayuan Permohonan

Cara Rayuan BR1M 3.0

Rayuan permohonan BR1M 3.0 boleh dibuat oleh mana-mana individu yang gagal boleh dilakukan secara menulis satu surat rasmi dengan dokumen-dokumen sokongan yang diperlukan. Rayuan BR1M 3.0 mesti dibuat secara terus ke pihak LHDN.

Daripada Berita Harian Online:

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan berkata individu berkenaan juga perlu mengemukakan semula pelbagai dokumen sokongan termasuk penyata gaji dan tanggungan lain untuk disemak semula oleh LHDN dan 10 lagi agensi lain termasuk Bank Negara dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). "Seperti BR1M Satu dan Dua kerajaan menerusi LHDN bersedia untuk mempertimbangkan semula permohonan individu berpendapatan kurang daripada RM3,000 sebulan tetapi gagal mendapat bantuan berkenaan sekiranya mereka berjaya mengemukakan bukti mencukupi.
Jadi, seandainya selepas 22 Februari tiada sebarang makluman yang diterima daripada pihak LHDN, saya nasihatkan buat pemohon untuk semak di pejabat LHDN, dan sekiranya tidak disenaraikan, terus sahaja membuat rayuan seperti yang ditetapkan. Minta jasa baik kakitangan LHDN untuk bantu anda, in Sha Allah .. mereka akan menghulurkan bantuan yang diperlukan.

Comments

Unknown said…
saya x dapat pon..mcm mna ye...tp sya xada nombor akaun