PERMOHONAN BR1M 2014 BERMULA 23 DISEMBER INI

Berita ini pasti ditunggu-tunggu oleh rakyat Malaysia. Permohonan Bantuan Rakyat 1 Malaysia akan mula dibuka pada 23 Disember ini.
Bantuan Rakyat 1 Malaysia ( BR1M) yang merupakan wang bantuan kepada rakyat Malaysia yang layak bakal diagihkan buat kali ketiga pada tahun hadapan. Mungkin ada yang masih samar-samar mengenai syarat kelayakan menerima bantuan ini dan cara memohon.  Melalui pembentangan Bajet 2014, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razakmengumumkan pemberian BR1M3.0 dan BR1M4.0 akan diteruskan kepada kepada kumpulan penerima sama bagi membantu golongan berpendapatan rendah dan sederhana.
Syarat – syarat
a. Keluarga (RM650)
1. Pendapatan isi rumah kurang RM3,000 sebulan
2. Rakyat Malaysia
b. Keluarga (RM450)
1. pendapatan isi rumah di antara RM3,000 hingga RM4,000 sebulan
2. Rakyat Malaysia*
*Tambahan caruman i-BR1M bernilai RM50 yang menjadikan jumlah keseluruhan BR1M sebanyak RM500.
c. Individu (RM300)
1. Pendapat sebulan RM2,000 kebawah.
2. Rakyat Malaysia
3.  Berumur 21 tahun ke atas. Aged 21 and above (born 1993 or earlier)
4. Tidak termasuk pelajar yang menerima bantuan baucar buku 1Malaysia (BB1M)
Isi rumah yang layak memohon merujuk kepada seorang lelaki atau wanita yang menjadi ketua kepada ahli yang tinggal serumah atau ketua keluarga. Ini merangkumi individu :
  • Berkahwin termasuk anak yang berkahwin dan tinggal bersama ibu bapa;
  • Ibu atau bapa tunggal yang mempunyai tanggungan berumur 20 tahun dan ke bawah;
  • Individu (bujang, duda, ibu tunggal) bujang yang mempunyai tanggungan berumur 20 tahun dan ke bawah (dalam rumah yang sama);
  • Warga emas sebatang kara yang berumur 60 tahun dan ke atas, lahir pada tahun 1953 atau sebelumnya, dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM3,000 dan ke bawah.
Bagi penerima BR1M sedia ada, mereka tidak lagi perlu mendaftar untuk kali kedua manakala pemohon baru boleh mendaftar secara atas talian atau secara manual dengan mengisi borang permohonan BR1M yang seterusnya. Bagi penerima yang ingin mengemaskini data sedia ada seperti pertukaran alamat atau kematian ketua isi rumah perlu mendaftar semula.
Cara memohon  ( permohonan masih belum dibuka sehingga kini. Berkemungkinan permohonan dibuka pada minggu hadapan atau awal Disember 2013. Akan diupdate dari semasa hingga semasa ) 
1. Muat turun borang melalui laman sesawang LHDNM http://www.hasil.gov.my/   atau http://www.treasury.gov.my/
2. Untuk aplikasi melalui borang, anda boleh dapati borang disini :
  1. Kaunter Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)
  2. Pejabat Pembangunan negeri dan pejabat daerah
  3. Jabatan Pembangunan Persekutuan
  4. Jabatan Kebajikan Masyarakat
  5. Jabatan Penerangan serta agensi kerajaan
3. Pemohon baru yang memenuhi kriteria yang seperti telah dinyatakan boleh mendaftar mengisi borang bersertakan salinan kad pengenalan (MyKad), Kad Polis atau Kad Tentera ( jika perlu disertakan semasa memohon secara manual ).
4. Sebarang semakan permohonan BR1M 3.0 boleh dibuat secara online, melalui pos atau secara dalam talian.
Sebarang soalan / pertanyaan 
1. Emel : br1m2@treasury.gov.my atau telefon talian hotline 1-800-222-500

Comments

Puteri Panda said…
Thanks for sharing! :)