Tukar Debit Card Maybank [VISA] baru!
Hari ni Lin pergi tukar debit kad baru, as Lin punya Debit kad dah nak expired. Lambat lagi sebenarnya as stated dekat kad tu expirednya next year, tapi takut tak sempat nak pergi so better pergi time masa terluang ni. Maklumlah, busy memanjang tak hengat kan. Even sekarang ni kad pengenalan rosak tak boleh nak baca pun tak sempat nak pergi JPN [Jabatan Pendaftaran Negara]. Last time ada pergi jengah-jengah juga dekat JPN dengan niat kononnya nak renew IC, tapi panjang sungguh orang beratur sampai they ask me to wait for my turn after 2pm. Itu Lin pergi pagi tau, 9 am! pfft~! so, tak jadi nak renew sebab kerja.
Berbalik pada Debit kad Visa Maybank ni, memang patutlah renew cepat-cepat. Senang nak update detail pelbagai yang involve recurrent payment, paypal etc. Nanti tak payah kalut-kalut nak pergi bank, nak tukar detail lagi etc. Sekarang senang, nak bayar utiliti bil, shopping, paypal, order pizza domino, renew licence etc. kan as semua online je. Tak payah nak beratur panjang-panjang dekat pejabat pos/bank/TNB/Syarikat air. Lagi-lagi untuk orang busy tahap dewa gaban macam kita-kita ni. *batuk-batuk*
So, awak-awak yang debit kad dah nak expired tu, dah tukar?
P/S: Alhamdulillah diberi rezeki, masa dan kesempatan.
Comments