Listerine®: Untuk Nafas yang Sesegar Teh Hijau Semula Jadi Sepanjang Hari!

Tingkatkan kesihatan mulut sepanjang Ramadan dan Aidilfitri dengan

Listerine® Natural Green Tea
Kuala Lumpur, 17 Julai 2013 –Sepanjang bulan Ramadan, berpuasa dengan tidak mengambil sebarang makanan atau minuman buat waktu yang lama boleh menyebabkan nafas berbau. Kekalkan kesegaran nafas anda dan hindari gigi berlubang sepanjang bulan Ramadan ini dengan berkumur menggunakan cecair kumur Listerine® Natural Green Tea sebelum dan selepas sahur. Listerine® Natural Green Tea mengandungi minyak esen penting yang terbukti memberikan kesan anti-bakteria, dengan dua kali ganda kandungan fluorida untuk melawan gigi berlubang.

Listerine® Natural Green Tea diperkaya dengan rasa teh hijau yang menyegarkan dan mengandungi 2 kali ganda* lebih fluorida untuk melindungi gigi daripada berlubang. Fluorida diketahui dapat mengelakkan kerosakan gigi, serta dapat meningkatkan ketahanan enamel terhadap penghakisan (akibat pendedahan kepada asid melalui pengambilan makanan atau minuman yang mempunyai kandungan gula yang tinggi). Ia juga meningkatkan kadar remineralisasi, dan dapat membunuh bakteria pada plak yang sentiasa terbentuk pada permukaan gigi.
Varian ini turut mengandungi kebaikan teh hijau. Para penyelidik mendapati bahawa teh hijau mampu mengelakkan gigi berlubang dan kerosakan gigi. Catechin merupakan antioksida yang kuat dan dapat mengurangkan aktiviti bakteria, manakala tannin pula menghalang pembentukan plak.

Malah, kajian terkini membuktikan bahawa 90% daripada rakyat Malaysia masih mengalami masalah kerosakan gigi, walaupun mereka memberus gigi setiap hari. Pengambilan gula pada kadar yang tinggi serta diet yang mempunyai kadar karbohidrat yang banyak juga menyumbang kepada masalah kerosakan gigi. Walau bagaimanapun, ini tidak bermaksud bahawa anda perlu berhenti mengambil makanan kegemaran anda sepanjang Ramadan dan Aidilfitri. Anda boleh mengambilnya pada kadar sederhana, dan jangan lupa untuk berkumur dengan cecair kumur sebelum dan selepas sahur untuk membasmi bakteria yang masih ada.

“Listerine® Natural Green Tea mengandungi kombinasi dua kali ganda fluorida serta kebaikan semula jadi teh hijau bagi sensasi kesegaran yang lebih hebat. Kesannya tahan lama dan dapat mengekalkan nafas segar selama berjam-jam lamanya,” kata Vaibhav Saran, Pengurus Besar Johnson & Johnson Malaysia & Singapura.

Apabila bercakap tentang memberikan gambaran yang baik akan diri sendiri, pelakon dan hos TV Irma Hasmie yakin bahawa mempunyai nafas yang berbau segar amat penting. “Mengekalkan nafas segar bagi saya adalah amat penting, jadi saya berkumur dengan Listerine® dua kali sehari and ia juga membantu untuk mencegah gigi berlubang. Apa yang paling saya gemari tentang kumuran ini adalah ia tidak pedas, dan baunya pula begitu menyegarkan. Saya terkejut apabila mendapati bahawa nafas saya kekal segar beberapa jam selepas berkumur!” kongsinya dengan teruja.

 
“Memang memalukan jika kita mempunyai nafas yang berbau. Pendapat awal saya akan Listerine® Natural Green Tea ialah baunya yang begitu semula jadi. Saya gemar menggunakannya selepas memberus gigi serta selepas makan. Selepas menggunakan Listerine®, saya berasa lebih yakin dengan diri sendiri,” Irma menambah.

Serlahkan kemampuan anda setiap hari dengan Listerine®, jenama cecair kumur nombor 1** di dunia. Dengan kesihatan mulut yang lebih baik, anda dapat mengekalkan nafas segar sepanjang bulan Ramadan.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Listerine® dan produknya, layari dan klik ‘like’ di laman Facebook Listerine® Malaysia di www.facebook.com/ListerineMalaysia.

*Berbanding dengan varian Listerine® yang lain di Malaysia
** Berdasarkan data jualan daripada Euromonitor Data dari tahun 2006-2011

Comments

Sukma said…
tq for info.....
Teh Hijau said…
Pernah guna yang warna biru tu, yang Listerine teh hijau ni belum try lagi.


[ Menjual Teh Hijau @Green Tea Ahmad Tea]