Resepi Kek Coklat

Projek malam Isnin w/ Daniel. 1st time try resepi ni, jumpa kat FB. Simple je. Boleh bubuh coklat rice. Tapi malas nak pi kedai beli. So jadilah kek tak berhias macam ni. Walaupun kurang cantik, tapi boleh tahanlah sedapnya. Rasa macam kek coklat moist yang 1/2 kilo RM20 tu. Pasni kalau nak makan boleh buat sendiri jelah, jimat. nyum2~


RESEPI KEK COKLAT


Bahan-bahan kek coklat:
250gm butter
3/4 cawan gula
4 biji telur
2 cawan tepung gandum
3/4 cawan serbuk koko
1 cawan air atau susu cair


Bahan-bahan coklat cair atau topping:

1 sudu marjerin
2-3 sudu susu pekat manis
2-3 sudu serbuk koko
sedikit air


Cara buat kek coklat:

1. Bancuh serbuk koko dan air atau susu cair.
2. Pukul butter dan tambah gula sehingga kembang.
3. Masukkan telur sebiji demi sebiji. pukul lagi.
4. Masukkan tepung gandum selang-seli dengan bancuhan koko tadi sambil terus memukul.
5. Kukus 45 minit.


Cara buat coklat cair untuk topping:

1. Cairkan 1 sudu marjerin.
2. Masukkan susu pekat manis dan serbuk koko
3. Tambahkan sedikit air supaya tidak terlalu pekat
4. Hiaskan kek mengikut kreativiti sendiri ya..:)


Source: Facebook.

Comments

Unknown said…
nak cuba laa nanti,thanks :)
Unknown said…
nak try buat la...da lama tak mkn kek coklat
Puteri Panda said…
yum! saya dah cuba yg lin buat. saya selalu buat kek coklat cheese kukus. kena 3x kerja. lapis demi lapis. 3 lapis je. hehe.. kat tengah2 cream cheese. sedap! lin cuba la. ;)
Mak Lin said…
Try tau. Nanti share dengan kita ^_^
Mak Lin said…
macam sedap bunyinya ^_^
shu said…
lama xbuat..nk buatla weekend ni..
Mak Lin said…
nanti share tau ^_^ huhuhu~