Resepi Kek Coklat
Projek malam Isnin w/ Daniel. 1st time try resepi ni, jumpa kat FB. Simple je. Boleh bubuh coklat rice. Tapi malas nak pi kedai beli. So jadilah kek tak berhias macam ni. Walaupun kurang cantik, tapi boleh tahanlah sedapnya. Rasa macam kek coklat moist yang 1/2 kilo RM20 tu. Pasni kalau nak makan boleh buat sendiri jelah, jimat. nyum2~
RESEPI KEK COKLAT
Bahan-bahan kek coklat:
250gm butter
3/4 cawan gula
4 biji telur
2 cawan tepung gandum
3/4 cawan serbuk koko
1 cawan air atau susu cair
Bahan-bahan coklat cair atau topping:
1 sudu marjerin
2-3 sudu susu pekat manis
2-3 sudu serbuk koko
sedikit air
Cara buat kek coklat:
1. Bancuh serbuk koko dan air atau susu cair.
2. Pukul butter dan tambah gula sehingga kembang.
3. Masukkan telur sebiji demi sebiji. pukul lagi.
4. Masukkan tepung gandum selang-seli dengan bancuhan koko tadi sambil terus memukul.
5. Kukus 45 minit.
Cara buat coklat cair untuk topping:
1. Cairkan 1 sudu marjerin.
2. Masukkan susu pekat manis dan serbuk koko
3. Tambahkan sedikit air supaya tidak terlalu pekat
4. Hiaskan kek mengikut kreativiti sendiri ya..:)
Source: Facebook.
nak cuba laa nanti,thanks :)
ReplyDeleteTry tau. Nanti share dengan kita ^_^
Deletenak try buat la...da lama tak mkn kek coklat
ReplyDelete^_^
Deleteyum! saya dah cuba yg lin buat. saya selalu buat kek coklat cheese kukus. kena 3x kerja. lapis demi lapis. 3 lapis je. hehe.. kat tengah2 cream cheese. sedap! lin cuba la. ;)
ReplyDeletemacam sedap bunyinya ^_^
Deletelama xbuat..nk buatla weekend ni..
ReplyDeletenanti share tau ^_^ huhuhu~
Delete