Weekly Update.

Weekly Status Update:

Isnin
Still in Sungai Petani. 

Selasa
Balik JB. Tak ada buat apa pun. Makan piza domino 7wonder yang too cheezy and tidur sepanjang hari.

Rabu
Pergi Kolej Komuniti Pasir Gudang daftar short course, pergi pusat bandar beli buku SPM, beli jus tok guru perisa strawberi, and menikmati setiap suapan nasi ayam. Motif merayap adalah untuk menghabiskan waktu yang sangat lapang tapi apakan daya cuma 2 jam saja yang terisi. Aktiviti diteruskan dengan ke tasik layang-layang. Sambil duduk-duduk terasa forever alone bila tengok orang bercouple berjalan sana sini. Then, balik tidur  lagi.

Khamis
Terfikir nak join pertukaran belia, tapi ayah tak bagi pula. Sedih betul. OK, sambung tidur lagi. Petang, pergi makan petang dengan kawan-kawan sampai Marghrib. Then malam pergi tengok movie pastu balik tidur.

Jumaat
Tidur lagi, tengok Raja Lawak. Rasanya macam sepatutnya Shiro no 2 then Jambu no 3 sebab Shiro lagi lawak.Tidur lagi.

Sabtu
Join short course 2 hari dekat kolej komuniti, web development. Pening kepala belajar coding. Petang teringin nak makan putu piring dekat pasar malam, tapi malas nak pergi sebab tak ada orang nak temankan (T_____T) *kempunan*

Ahad
Last day short course, sampai pukul 12 je. Perut lapar, McD kejap beli double cheeseburger, sundae and apple pie. Beli kat drive through bukan nak makan kat rumah pun. Malas nak duduk and makan sorang-sorang kat McD tu, nanti orang pandang-pandang.HAHAHAHA. bajet artis. Parking kereta dekat tasik, and picnic skejap. Oh, terasa forever alone lagi gue.

Comments

Puteri Panda said…
hi, lin. lama tak nampak?:)
Nour Adieb said…
seminggu yg padat :D
Aziela said…
Ha, kalau seminggu dalam entry nie update tetiap hari, mesti tak rasa forever alone tau. Cayalah cakap akak...hehehehehe
Anonymous said…
Busynye Akak.. Jln sna.. Jln sini..