Burger Jalanan.

I'm a fan of burger especially burger daging Ramly. So as consumer and bekas penjual burger pada suatu ketika dahulu, hari ni Lin nak cakap tentang ciri-ciri burger yang macam mana memenuhi citarasa saya as pemakan burger jalanan tegar. OK, kita start lapis demi lapis:

Roti.
Spread with butter, at least 1 teaspoon untuk dua-dua keping. Jangan banyak sangat, and please jangan tekan sampai penyek~ sangat tak ada nilai estetik.
Sos Cili.
Don't put too much. 2 teaspoon are more than enough.
Sos Blackpepper.
Tak semua tempat letak, tapi please~ kalau ada, jangan guna yang murah. Spoil rasa burger. 
Sayur.
Normally letak kobis, tomato and timun kan? 1 each pun cukup, tak payah banyak. Kobis tu potong halus-halus buat coleslaw.
Mayonaise.
Gaul dengan kobis, lebih sedap then bubuh dalam burger.
Daging.
The most crucial part. Please, belah tengah. Kadang-kadang ada tempat yang masak ala kadar, tengah-tengah dia tak masak. Faham tak belah tengah disini? Macam ni:
Cuma, jangan garing sangat sampai kering, agak-agak.
Bawang.
Ini tips, caramelized your onion sebelum masak burger [Jangan sampai hangit]. Then at the same spot masak bawang tadi, masak burger kat situ biar daging serap minyak/menterga perasa bawang. Bila daging dah masak, letak kat belahan daging tadi. Peh! sedap giler.
Extra: Seasoning.
Serbuk cili, serbuk lada sulah and kicap perasa Maggi. Combination paling best. Bubuh masa aktiviti memasak daging tu tau. Don't put too much.
Extra: Telur
Buat bungkus daging, empat segi cantik-cantik. Tak payah letak serbuk perasa bagai, sebab biasanya kalau orang order burger special, awak masak daging dulu kan? Baki-baki perasa awak masak daging tadi dah cukup. Guna yang sedia ada.

Hah, nampak cam cerewet gila kan? Mesti korang kata, "Minta macam-macam, bayar ciput je". Ei, korang try buat macam ni sebulan. Pastu baru boleh cakap kritik bagai. And pasal kos, tak ada lah mahal sangat pun. Bukan guna banyak~ utilize semaksimum mungkin. Plus, kalau korang ikut tips kat atas ni guna coleslaw, burger korang nampak lebih besar dan appealing ;) Masak biar ikhlas, penuh kasih sayang. OK, tu je nak cakap.


Sorry tak ada gambar, lukis pakai paint je.

Comments

Lokman said…
perh.. ni memang terbaik.. susah nak cari burger yang di masak seperti ini.. ^_^
intaNadia said…
alamak sedapnye. tetiba rase nk g cari burger stall
L.O.V.E.P-QaH said…
Meleleh air liur..nak!!!
Puteri Panda said…
saya pun suka burger jalanan terutama burger Ramly. sedap! kalau saya order burger ada lain sikit. roti tak nak letak butter. sampai tukang jual pun hairan. haha.. lagi satu, saya tak suka daging terlalu garing & kering. tak sedap. nak yg seimbang dan tak suka kubis yg tebal. oh my! cerewet tak saya? hahahaha...
nurhuda said…
bestnyeee ! lebeyh lebeyh lagii burger special , yum yum !
Anonymous said…
sedapnya kalau dapat burger macam ni!!