Bubur Herba Berkhasiat Faiza

Malas nak masak fancy-fancy. Bukan ada siapa pun dekat rumah. So, Lin masak Bubur Herba Berkhasiat Faiza for breakfast, lunch and dinner terus.*sangat malas* (^o^)" Memperkenalkan Bubur Herba Berkhasiat Faiza. Ada macam-macam jenis kacang and bijirin dalam ni.
"Bubur Herba Berkhasiat ini digabungkan dari pelbagai bijirin terpilih dan kismis yang baik untuk kesihatan. Ianya disertakan dengan rempah yang diadun khas bagi memenuhi citarasa anda Ia juga tidak mengandungi MSG dan bahan pengawet. Bubur Herba Berkhasiat ini adalah produk bumiputra 100%"
Harga dia RM3.99, Lin beli dekat Giant. Satu packet boleh masak 2-3 kali sebab banyak. Kat packaging ni tulis satu packet untuk 10 orang makan. Disertakan sekali rempah dan kismis. Lin suka bubuh ayam and susu sikit bagi rasa lemak, and disebabkan bubur ni tak ada garam dan MSG; Lin bubuh sendiri ikut citarasa. Cubalah.


Makan apa hari ni?

Comments

Maria Menado~ said…
tak tahu lagi makan apa.. macam menarik je tu~~ =)
mrs adam said…
baru tahu kewujudan bubur ni.heee
OKje said…
Ye lah OKje tak pernah tau pun.... sodap ke?... Nanti nak try cari kt giant lah...
cik chinta said…
harus carik ni. tataula da spi sabah lom produk ni
Mak Lin said…
boleh la tahan. yang penting sihat, jimat dan perut kenyang.
Mak Lin said…
Produk ni sebenarnya dah lama. Cuba cari dekat tempat-tempat beras. Kat Tesco pun ada.