Resepi Kacang Buncis Goreng

Happy Sunday bloggers~~!
Hari ni Lin masak ayam sos tiram+kacang buncis. Baki kacang buncis semalam still ada lagi. Semalam Lin masak kacang buncis goreng campur telur. Husband pula masak bubur nasi+ayam. Simple je. Maklumlah~ student kan. Dekat sini Lin nak kongsi resepi sikit:


RESEPI AYAM MASAK SOS TIRAM+KACANG BUNCIS SEMUDAH 1-2-3

Bahan-bahan:
500gm Isi Ayam ~potong bite size and goreng separuh masak
300gm Kacang buncis ~dipotong serong
Cili ~kalau nak pedas, bubuh cili padi banyak-banyak
1 sudu besar kicap manis cap kipas udang
2 sudu besar serbuk lada hitam
3 sudu besar sos tiram
2 sudu kecil Serbuk Cukup Rasa
 
Bahan untuk menumis:
1 bawang besar ~hiris
2 bawang putih ~hiris
2cm halia ~hiris
 
Cara-cara memasak:
1. Tumis bahan tumis sampai naik bau.
2. Masukkan semua bahan. Kacau rata and bubuh air dalam 1/4 cawan macam tu.
3. Kacau sampai sayur ala-ala nak masak. Jangan biar lama sangat, nanti sayur layu.
4. Siap untuk dimakan.

Ok, kawan-kawan boleh try masak ni dekat hostel/rumah sewa masing-masing. Jimat pun jimat, kan?
Seronok kan main masak-masak?

Comments

Akulah Hero said…
walaupun dah makan tgh hari, terasa lapau bila tgk pic ni..
malam karang nak try masak lah~ekekeke
http://akulahhero.blogspot.com/2012/06/30-sen-pun-nak-kedekut.html