Cara bersihkan buah & sayuran dari kesan racun perosak (Pesticides)
Sama ada kita sedar atau tak mahu ambil kisah , sebenarnya banyak buah dan sayuran yang terdedah dengan racun perosak kan?
Kerajaan kata tahap pencemaran sisa racun perosak terhadap sayur-sayuran dalam negara masih terkawal. Tu kata kerajaan hasil dari kajian secara rambang ke atas buah-buahan dan sayuran di beberapa kawasan.
Tapi yakin kah kita yang sayuran atau buah-buahan yang kita beli tu betul-betul selamat atau paling tidak pun pencemarannya pada tahap terkawal?
Mungkin bagi yang mampu dan mempunyai pilihan , mereka boleh memilih sayuran atau buahan yang ditanam dengan kaedah organik. Bagi yang memiliki masa dan ruang (tempat) pula mungkin boleh menanam sendiri . TAPI bagaimana pula yang sukar untuk memperolehi sayuran atau buahan organik dan tidak mempunyai masa apatah lagi tempat untuk bercucuk tanam?
Jika anda tergolong dalam kelompok sukar mendapatkan sayuran/buahan organik , juga tiada masa & ruang untuk menanam sendiri, apa yang anda boleh lakukan ialah :
Memilih dengan teliti buah-buahan dan sayur-sayuran yang ada dipasaran.
- Basuh dan cuci dengan sempurna. Menggosok dengan tangan keatas buah-buahan dan sayur-sayuran akan menghasilkan geseran yang kasar yang akan menghilangkan racun perosak yang digunakan. Jangan gunakan sabun,hanya gunakan air yang mengalir.
- Kupas dan buang kulit. Dinasihatkan untuk tidak memakan kulit buah-buahan seperti epal dan jambu batu, kerana kita tidak tahu sebanyak mana racun perosak yang masih melekat padanya. Walaupun nutrien banyak didapati pada kulit buah-buahan, oleh kerana adanya racun perosak ini, ia telah menidakkan khasiatnya. Kupas sayur dan buah untuk mengurangkan kotoran, racun perosak dan mikroorganiama kedalamnya.
- Masak makanan anda jika perlu. Panas dari makanan yang dimasak mungkin membunuh sebahagian dari racun perosak yang tidak hilang semasa membasuhnya.
- Basuh menggunakan pembersih khusus untuk sayuran dan buahan.
Boleh juga cuba buat cecair pembersih sayuran atau buahan sendiri dengan menggunakan :
Cuka makan yang dicampur dengan air, kemudian rendam sayuran atau buahan ke dalam campuran cuka dan air tersebut.
- Campurkan jus lemon , baking soda , cuka makan dan air , masukkan ke dalam botol penyembur (spray bottle) dan bila perlu spraykan sahaya ke permukaan kulit buah dan lap.
- Campurkan jus lemon , cuka makan dan air , masukkan ke dalam botol penyembur (spray bottle) dan bila perlu spraykan sahaya ke permukaan kulit buah dan lap.
Comments