STATUS PERMOHONAN BANTUAN RAKYAT RM500

STATUS PERMOHONAN BANTUAN RAKYAT RM500 | Pembayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada pemohon yang berjaya akan dibuat dalam bentuk baucer tunai, bermula Ahad ini. Pembayaran secara berperingkat itu dijangka mengambil masa dua bulan sehingga 15 Mac depan.
Baucer itu boleh ditunaikan di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN), CIMB dan Maybank di seluruh negara. Pemohon boleh menghubungi talian hotline 1800222500 atau 1300883010 mulai Isnin ini antara jam 9 pagi hingga jam 5 petang untuk memeriksa status permohonan. Atau anda boleh mula menghantar pertanyaan email ke belanjawan2012@treasury.gov.my. Insyallah anda akan dapat serta merta status permohonan anda.
Sehingga Selasa lalu, sebanyak 4.12 juta borang BR1M diterima dari seluruh negara dan daripada jumlah itu, 3.1 juta diluluskan. Baki permohonan sedang diproses dan dijangka selesai esok.
Tempoh penyerahan borang BR1M itu dilanjutkan selama satu bulan lagi sehingga 10 Februari depan.
Bagi pemohon yang gagal, rayuan boleh dibuat dengan menggunakan borang khas yang boleh diperoleh di pejabat LHDN, agensi kerajaan berkaitan atau dimuat turun menerusi laman web www.treasury.gov.my

Comments

Unknown said…
MACAM MANA NAK CEK STATUS PERMOHONAN
ONLINE OWE....
Unknown said…
adohhhh....macam mane nak cek online owe br1m...
mulkan said…
entah lah..mana web sitenya...???
shafshafeqah said…
mana mana nak cek status kak?
Anonymous said…
macamne nie nk cek status br1m ni.xboleh pon.
Anonymous said…
nk semak mcm mna oiii??
Mak Lin said…
Call pejabat LHDN berhampiran.
Mak Lin said…
Dah tak boleh. Ni entri tahun lepas dear. Sekarang nak check boleh check dkt pjbt LHDN brhampiran.
carollaine jainin said…
Thn ni sa msuk 21thn,dn sa ibu tunggal..blhkah sdh sa memohon brim?
carollaine jainin said…
Thn ni sa msuk 21thn..blhkh sa memohon brim?
Anonymous said…
isi je e-brim..
Anonymous said…
macam mane nak check status permohonan BR1M melalui internet??
Anonymous said…
adoiiiii mane nk check status ni.......ke nk up traffic blog ke ape ni??? ishhhh......
Mak Lin said…
Ni tahun lepas punya entry?
Anonymous said…
biasa laa kangkung..nk tumbuh pn..kona kiri kanan dulu..