Pembayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M)
- Pembayaran akan bermula pada 15 Januari 2012
- Tempoh penyerahan baucar akan berjalan selama dua bulan, iaitu sehingga 15 Mac 2012
- Tempoh sah laku baucar adalah sehingga 15 April 2012.
- Pembayaran BR1M akan diberikan dalam bentuk baucar tunai
- Penyerahan baucar BR1M kepada pemohon yang berjaya akan diadakan secara berperingkat di seluruh Negara.
- Semua pemohon BR1M akan dimaklumkan mengenai keputusan permohonan melalui pos.
- Setiap pemohon yang berjaya akan menerima surat pemakluman masing-masing secara berperingkat, dengan disertakan tarikh dan tempat majlis penyerahan baucar diadakan.
- Baucar-baucar boleh ditunaikan di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional, CIMB dan Maybank diseluruh negara.
- Kerajaan juga akan menyediakan kaunter-kaunter bergerak Bank Simpanan Nasional, CIMB dan Maybank pada majlis-majlis penyerahan tersebut. ( Bagi memudahkan urusan orang ramai di kawasan luar bandar menunaikan baucar BR1M)
- Pemohon boleh menyemak status permohonan mereka dengan menelefon talian hotline 1-800-222-500/ 1-300-88-3010 mulai 16 Januari 2012. Talian ini beroperasi dari jam 9 pagi hingga 5 petang setiap hari bekerja.
- Sebanyak 4,123,713 borang BR1M telah diterima dari seluruh Negara ( Sehingga 10 Januari 2012 )
- 3,850,668 borang telah dimasukkan ke dalam sistem data bagi tujuan pengesahan.
- Sebanyak 3,102,054 permohonan yang telah diluluskan ( Sehingga 10 Januari 2012 )
- Baki permohonan sedang melalui proses pengesahan dan dijangka selesai pada 13 Januari 2012.
- Tempoh penerimaan borang BR1M dilanjutkan selama satu bulan, iaitu sehingga 10 Febuari 2012.
- Orang ramai masih boleh menghantar borang-borang permohonan BR1M di pejabat cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDNM) dan agensi-agensi Kerajaan yang berkaitan, sehingga tarikh tersebut.
- Pejabat cawangan LHDN dan agensi-agensi Kerajaan yang berkaitan,
- Muat turun daripada laman web Kementerian Kewangan (www.treasury.gov.my).
[souce: anamarza]
Comments