Sweet Tea Time Mini Set from My Beauty Diary

Pernah tak rasa macam nak manjakan kulit dengan sesuatu yang fancy, tapi dalam masa yang sama takut menyesal sebab tak berbaloi? Sama la! Hari tu, masa jalan-jalan kat Guardian, aku ternampak Sweet Tea Time Mini Set dari My Beauty Diary ni. Harga RM39.90, siap ada pelbagai produk comel dalam satu kotak. Macam menarik kan?

Excited, aku grab satu. Yelah, siapa tak suka benda comel kan? Lagipun, ada scrub, cleanser, dan sheet mask yang katanya boleh buat kulit flawless macam model iklan skincare. Tapi, adakah semua produk dalam set ni benar-benar worth it? Jom baca sampai habis, aku dah try semua benda ni untuk korang. Spoiler alert: ada yang best, ada yang... hmm bolehlah~ 😜

A complete view of My Beauty Diary's Sweet Tea Time Mini Set box.

A closer look at the products included in the My Beauty Diary Sweet Tea Time Mini Set.

Sweet Tea Time Mini Set from My Beauty Diary
Harga: RM39.90 @ Guardian

Dalam kotak ni ada:
  1. Vanilla Souffle Face Scrub (50ml)
  2. Strawberry Yogurt Amino Acid Cleanser (30ml)
  3. Chocolate Truffle Sheet Mask (1 pcs)
  4. Earl Grey Tea & Macaron Sheet Mask (1 pcs)

A bottle of My Beauty Diary's Vanilla Souffle Face Scrub.

Vanilla Souffle Face Scrub

What it's claims?
A scrub-foaming cleanser with fine, elastic lather. Mengandungi natural papaya yeast plus plant-based moisturizing factors. Bila tekan, terus keluar mousse lembut dengan bau souffle. Sesuai untuk general skin types.

Appearance etc.:
Macam whipped cream—lembut je. Same function dengan Ginvera Marvel Gel atau Gel Pengelupasan Syahirah, tapi ni versi mousse.

Cara guna:
  1. Bersihkan muka dulu.
  2. Shake botol sebelum guna.
  3. Tekan, apply seluruh muka (tapi elak bibir & mata).
  4. Urut lembut secara membulat sampai nampak grain keluar. Jangan kasar sangat, sis!
Tips for use:
  1. Shake dulu sebelum tekan mousse—kalau tak, keluar cair je.
  2. Urut lembut untuk elak iritasi, especially kalau kulit sensitif.
Like?
  • Packaging cantik!
  • Memang clear skin lepas guna.
Dislike?
  • Bau tak best, macam alkohol lebih.
  • Irritate sikit kulit sensitif, mata pedih.
  • MAHAL!
Overall:
★★☆☆☆ (2/5)
Result okay, tapi harga RM69.90 untuk 120ml? Nope. Lagi berbaloi Gel Pengelupasan Syahirah. Free? OK la, tapi beli? Tak kot~

A jar of My Beauty Diary's Strawberry Yogurt Amino Acid Cleanser.

Strawberry Yogurt Amino Acid Cleanser

What it's claims?
Mild creamy cleanser tanpa sabun. Dengan amino acid, strawberry, dan yogurt extract, ia bantu remove dirt sambil balance sebum dan hydration kulit. Kononnya romantic cleansing experience lah.

Appearance etc.:
Thick and creamy, siap ada manik-manik merah comel.

Tips for use
Guna spatula kecil untuk korek supaya lebih hygienic. Kalau tak ada, basuh tangan bersih dulu.

Like?
Wangi! Bau macam gula-gula.
Packaging eco, sebab guna sampai titisan terakhir—smart design!
Sikit je dah berbuih banyak.

Dislike?
Kena korek pakai jari—tak hygienic.
MAHAL.

Overall:
★★☆☆☆ (2/5)
Not worth it. Cute je, tapi practicality ZERO.

My Beauty Diary's Chocolate Truffle and Earl Grey Tea Macaron sheet masks.

Chocolate Truffle & Earl Grey Tea Macaron Sheet Masks

What it's claims?
Chocolate Truffle: Melembapkan & melembutkan kulit.
Earl Grey Tea Macaron: Mencerahkan & menyegarkan muka.

Appearance etc.:
Standard sheet mask—buka, letak kat muka 20 minit (atau macam aku, pakai berejam sampai kering!). Jimat, kan?

Tips for use:
  1. Simpan dalam peti sejuk sebelum guna untuk rasa cooling. Serius syok!
  2. Pakai sampai sheet mask kering untuk extra value (macam konsep DIY spa jimat!).
Like?
  • SERIOUS BEST!
  • Earl Grey Tea Macaron ni buat muka berseri kalah Lisa Surihani.
  • Wangi gila—satu bau teh, satu lagi bau coklat.
Dislike?
Again, MAHAL.

Overall:
★★★★★ (5/5)
Highly recommended kalau ada duit lebih. Kalau tak, tunggu sales Guardian!

My Overall Verdict:
Mini set ni comel dan fun try, tapi tak semua berbaloi untuk repurchase. Scrub bolehlah, cleanser macam tak worth it, tapi mask memang top-notch! Next time, beli mask je la kot~

Comments